About Me

My photo

Trying to get my voice out!

Thursday, 30 January 2014

Ayam Black Pepper

Lol, I used to thing that every dishes with black pepper is a rich person's dishes. Ala mangkuknya time tu. Mungkin sebab mama tak pernah masak lauk yang ada kena-mengena dengan black pepper kot. Mungkin juga sebab black pepper sos yng orang curah atas Chicken Chop.

Anyway, aku nak share resepi Ayam Black Pepper yang aku ubah suai daripada buku 1 Hari 1 Resipi 365 Resipi Istimewa Chef Hanieliza. Nak promote juga la buku ni kejap. Disebabkan aku selalu merungut tak tahu nak masak apa dekat mama, balik Malaysia hari tu mama bagi buku resepi ni. Buku ni ohsem!!! Sume resepi sangat senang and cepat. Bila aku tengok resepi Apam Balik dari buku ni, aku terus fikir "eh, buat Apam Balik memang senang macam ni ke?". Buku ni lengkap dengan every resepi, dari masakan ayam, daging, telur, sayur sampai la ke pencuci mulut dan kuih-muih tradisional melayu. So kalau nampak buku ni tengah sale beli cepat2.

Ayam Black Pepper (2 orang makan)

Bahan2 :
3 Ketul Ayam
Stok ayam (optional)
Bawang Besar, Bawang Putih, Cili Besar (hiris kecil)
# 1 sudu besar Tepung Gandum/Jagung
# 1 sudu besar Sos Tiram
# 1 sudu teh kicap pekat
# serbuk lada Hitam (ikut suka berapa banyak)
# 1 mangkuk Air suam
# Garam secukup rasa

Cara2
1)  Kukus ketul ayam (Aku guna bendalah ni. 8 minit-high dalam microwave). Nak goreng pun boleh. Bila kukus guna bekas ni, dia akan ada air ayam dari kukusan tu. So simpan air ayam ni untuk masukkan dalam kuah nanti. Benda ni optional dan boleh ganti dengan stok ayam kalau nak.
2)  Campurkan bahan2 bertanda # dalam mangkuk sampai sebati. Ketepikan
3)  Tumis Bawang Besar, Bawang Putih, Cili Besar sampai naik bau.
4)  Agak2 bahan tumis dah lembut sikit, masukkan ayam yang dah kukus tadi dan goreng sampai ayam tu perang sikit. Then bubuh air ayam tadi.
5)  Masukkan bahan bancuhan dalam mangkuk tadi dan biar sampai mendidih
6) Kacau kuah tu sekali sekala supaya tepung tu tak accumulate kat bawah periuk.
7) Perasakan dengan garam if rasa dia tak ummph lagi
8) Hidang!


Selamat memasak!!!
Web Analytics