Thursday 1 October 2015

Siem Reap, Kemboja

Kemboja or Cambodia.
Negara pertama dalam negara2 Asia Tenggara yang aku lawat. Singapura yang dekat lagi tu pun aku tak pergi lagi.

Plan nak ke Kemboja seterusnya Vietnam ni datang daripada Iqa. Aku ni sekadar mengikut sahaja sebab Iqa plan ni bersama adik dan ibunya. Total bajet kitorang RM 1300. Pergi ni timing tak cun mana sebab duit Ringgit tengah jatuh jika dibandingkan dengan USD. Kemboja pula pakai matawang USD berbanding Riel diorang.

Nilai Riel sangat la rendah. Matawang ni tak wujud selain di Kemboja. Kira kalau nak guna duit Riel, kena tukar dekat Kemboja je. Mungkin sebab tu mereka menggunakan matawang USD. Di Kemboja, kami ke Siem Riep dan kemudiannya menaiki bus ke Phnom Penh.

Flight ke Siem Reap kami di KLIA2 adalah pada awal pagi dan kami tiba di Siem Reap lebih kurang jam 8.00 pagi. Waktu di Kemboja dan Vietnam lewat sejam dari waktu Malaysia. Iqa dah pun menempah Pakej Muslim dari Safy Angkor Wat. Jadi setibanya dia Lapangan terbang, Safy datang menjemput kami menaiki Tuktuk.

Lapangan Terbang Siem Reap tak besar. Aku rasa macam berjalan dalam Resort Hotel pun ada. selepas mendarat tu, akan ada pegawai yang suruh kami isi borang Health Declaration. Kitorang tak isi pun dah Alhamdulillah lepas melalui pegawai kastam dengan mudah.

Perjalan dari Lapangan terbang Siem Reap ke bandarnya agak lama. Ada la dalam setengah jam. Tapi kitorang tak terasa sangat sebab excited pertama kali menaiki Tuktuk. Tour Guide kitorang sangat la baik, dia ikut aje perangai pelancong pemalas macam kitorang ni. Bayangkan la, pergi satu tempat, bayar ambil dua tiga gambar, pastu nak gerak ke tempat lain pula. Dia siap pelik dan tanya kitorang sama ada kitorang tak nak explore ke tempat2 tu. Malah dia siap book-kan satu bilik hotel untuk kitorang rehat memandangkan kitorang di Siem Reap hanya sehari tanpa bermalam. 

muslim family kitchen halal food makanan halal siem reap cambodia kemboja
Makanan di Muslim Family Kitchen
Pakej Kemboja kami dengan Safy adalah termasuk tempat penginapan dan makan malam. Dengan menaiki Tuktuk, katakan sahaja kemana kitorang nak pergi, Safy akan bawa. Di Siem Reap, Safy bawa kami makan tengah hari dan makan malam di Muslim Family Kitchen. Memang ramai la pelancong Malaysia datang makan kat sini. Lagi satu, menu famous diorang, Beef Climbing Mountain atau nama melayunya Lembu Panjat Gunung sangat la overrated. Aku baca review semua pakat kata sedap. Bila kitorang rasa sendiri, rasanya biasa2 aje. Rasa daging goreng dengan sayur.

Sediakan duit USD banyak2 sebab kos jalan2 di Siem Reap lagi mahal dari kos di Phnom Penh. Aku pun tak tahu la kenapa. Kitorang dah bajet seharian belanja USD 20/seorang, tengok2 tiket nak masuk je dah mahal. Maaf aku tak tahu pula berapa sewa Tuktuk sehari. Tapi di lapangan terbang, kitorang ada ditawarkan USD 15 untuk Tuktuk seharian.

angkor wat siem reap cambodia entrance fee price kemboja
Angkor Wat

angkor wat siem reap cambodia entrance fee price kemboja
Tinggalan sejarah lain di sekitar Angkor Wat

  1. Explore Angkor Wat dan kawasan Wat sekitarnya - USD 20 (bagi aku tak berbaloi untuk bayar USD 20 untuk pelancong pemalas macam aku ni tapi dah sampai, takkan tak nak tengok.)
  2. Masuk ke Cambodia Cultural Village - USD 17 
  3. Tonle Sap lake tour - USD 25.
tonle sap siem reap cambodia entrance fee price kemboja
Tonle Sap

Selepas seharian berjalan, kitorang bertolak ke Phnom Penh pada 10 malam yang sama menaiki Sleeping Bus. Nanti aku cerita pasal Sleeping Bus/coach ni.

Secara ringkasnya, ni tips2 melancong ke Siem Reap dari aku untuk bakal2 pelancong:
  • Sediakan duit USD yang banyak jika korang betul2 nak melawat kesemua tempat.
  • Pakai kasut yang sesuai untuk berjalan serta meredah hujan
  • Kalau datang masa musim hujan, bawa Ponco. Lebih senang dari payung.


Nak tgok video Angkor Wat, ada dekat sini.

Lepas Siem Reap, kitorang ke Phnom Penh pula.

No comments:

Post a Comment

Web Analytics