Thursday 10 April 2014

Kepoh : Eh, tak ada logo Halal. Benda ni Haram!

Mulanya aku ingat nak tulis post kali ni dalam Bahasa Inggeris. Tapi memandangkan target audience aku (walaupun tak banyak) adalah rakyat Malaysia aku buat keputusan untuk tulis dalam Bahasa Melayu.

Sejak kebelakangan ni kecoh kat Facebook kata biskut Pepero keluaran syarikat Korea Lotte tu haram dimakan sebab tak ada logo halal. Aku memilih untuk berdiam diri pada mulanya sebab aku tak pernah makan biskut tu. Lagi satu tak ada siapa yang dapat aku rujuk yakni pelajar Malaysia Islam di Korea berkenaan biskut ni. Dan hari aku terbaca Ulasan dari Isteri Ally Iskandar yang menjelaskan isu biskut ni. Aku tak nak tulis ulasan tu kat sini. Korang boleh baca sendiri kat link ni.

Tak semestinya tiada logo halal bermakna makanan tersebut haram untuk dimakan kan.? Kering kontang lah badan kami, pelajar Muslim yang belajar di negara bukan islam, jika hanya memilih makanan yang ada ‘cop’ halal.

Aku tertarik dengan statement kak Farah Lee ni. Kita semua ni hidup dibumi Allah yang mana rezekinya kita tak boleh nak hitung bilangan dan nilainya. Mana mungkin la Allah akan biarkan hambaNya di negara bukan Islam kelaparan. Tak ada pun ayat Al-Qur'an, Hadis atau fatwa yang kata kalau makanan tu tak ada logo halal maknanya dia 100% haram. Logo halal adalah alternatif untuk meyakinkan pengguna Islam bahawa makanan ini telah diperiksa dan disahkan status halalnya. Kalau dah korang obses sangat dengan statement "Tak ada logo halal maknanya haram", awat hangpa tak tinggai tengok artis korea menari menyanyi pakai baju tak cukup kain? Tu pun haram juga.

Hidup aku bab makanan sejak aku mula belajar di Jerman ni ada dua mode. Satu mode Malaysia, satu mode Jerman. Mode Malaysia bermakna kalau aku di Malaysia, aku hanya akan sentuh makanan yang ada logo Halal JAKIM. Fullstop. Selain dari tu, walaupun tak ada bahan mencurigakan, aku takkan makan. Mode Jerman aku adalah mana2 makanan yang aku dah pasti status halalnya walaupun tanpa logo halal (cth : produk makanan yang 100% dari sumber tumbuhan) aku akan makan. Aku takkan praktikkan mode Jerman aku ni kat Malaysia. Kenapa? Salah satunya aku dididik macam tu oleh mama. Yang kedua sebab logo halal JAKIM tu dah cukup bagi aku. Aku ingat lagi dulu mama tak bagi aku makan dekat Old Town White Coffee sebab tak ada sijil halal JAKIM. Memang terliur gila tengok member makan, Aku hanya order kopi dia yang sedap tu je. Alhamdulillah, sekarang dah ada logo halal JAKIM dan dekat Old Town White Coffee Jalan TAR siap gantung besar2 depan kedai logo halal ni. Tu mode Malaysia aku.

Kalau kat Jerman ni, bila aku yakin produk makanan tu tak ada bahan mencurigakan (alkohol, gelatin etc) aku akan makan. Selalunya produk makanan yang sesuai untuk Vegetarian/Vegan atau makanan laut (tentunya kena make sure tak ada alkohol dalam masakan)  ni la yang menyelamatkan aku kat sini. Dulu aku selalu tertanya2 kenapa la orang yang bukan Islam ni, yang boleh makan apa jenis daging dia nak makan ni memilih untuk jadi Vegetarian/Vegan. Rugi kot! Ayam punya la sedap. Tapi sekarang baru aku tahu. Semua yang wujud kat bumi ni ada tujuan dia. Begitu jugalah Vegetarian/Vegan. Pada diorang mungkin sebab diorang kesian tengok binatang dibunuh untuk dijadikan makanan. Pada aku, diorang ni wujud untuk kasi kami orang islam di negara bukan islam ni satu pilihan makanan. Aku sangat lega kalau aku jumpa restoren dengan menu Vegetarian bila aku pergi jalan2 kat tempat yang sangat kurang kedai makan yang halal. Contoh masa aku ke Prague. Aku tak jumpa satu pun kedai makan halal, jadi aku hidup dua hari di Prague dengan makan snek manis macam Crepes, Trdlo atau Pommes aka French Fries. Hari terakhir aku kat Prague baru aku jumpa kedai Kebab berlogo Halal.

Sampai sekarang ada je lagi yang bila tengok gambar aku makan kat restoren bukan Islam, atau aku makan snek2 dari Jerman ni, ada je lagi yang tanya "Eh halal ke benda tu?". Aku kadang2 malas nak layan. Kalau dah geram sangat aku jawab je "Tak halal. Ada babi dalam ni. Pastu ada arak"





p/s : Bila aku terbaca pasal Pepero ni, feeling aku sama macam masa aku baca komen seorang hamba Allah kat gambar Diana Amir solat lepas akad nikah. "Eh, solat tak pakai telekung?!". Benda yang sama jadi kat adik aku bila dia solat tak pakai telekung kat surau The Curve. Ada mak cik tegur dia suruh dia pakai telekung dan solat balik. facepalm!

No comments:

Post a Comment

Web Analytics