Tuesday 18 February 2014

Happy 6th Anniversary Batch 2008 MRSM Kepala Batas

Dah 6 tahun dah rupanya sejak aku mula2 jejak kaki kat MRSM Kepala Batas. Time2 macam ni la semua dok sibuk mengimbau memori lama. Aaah~ What a great time we had! Banyak benda yang berlaku masa kat maktab dulu. Peristiwa2  ni aku rasa sangat mematangkan aku. Aku tak lagi jadi budak yang pemalu nak luahkan sebarang pendapat. Aku tak lagi jadi budak yang yang tak tahu nak buat apa2. Banyak benda yang aku tak boleh lupa. Kebanyakannya mungkin sebab aku terlalu gembira. Aku tak nafikan, aku adalah manusia yang suka berpeluk pada masa lalu. Sebab masa lalu tu yang buat aku ketawa bila aku teringat balik semuanya. Sebab masa lalu tu yang mencorakkan siapa aku hari ni.

Team Drama MRSM KB - Reversed Cinderella
Perkenalan dengan Iqa adalah peristiwa yang aku takkan lupa. Kenapa? Sebab Iqa adalah kawan aku yang terbaik! Dia faham aku, tak pernah kisah nak tegur aku kalau aku buat salah, sentiasa bagi moral support lebih2 lagi bila kami berdua belajar dekat non-english-speaking country. She understands every hard situation I'm in. Tapi cara aku kenal dengan Iqa sangat kelakar. Aku mula2 nampak Iqa masa dia tengah berlakon jadi budak gedik nak masuk asrama semasa minggu orientasi. Otak aku automatik fikir "Gedik giler minah ni." Tapi macam yang Iqa cakap, "siapa yang cakap aku gedik tu tak kenal aku." Memang betul pun. Lepas kenal Iqa secara rasminya masa masuk pasukan Drama wakil maktab untuk minggu bahasa, aku tahu yang "Gedik" bukan la perkataan yang sesuai untuk describe Iqa

Minggu Bahasa MRSM Kubang Pasu
Wakil Forum MRSM Utara untuk Minggu Bahasa peringkat Kebangsaan
PRS - Precious
Team Silat
merancang Treasure Hunt Hari BKP untuk junior baru
Mock Interview
Belajar kat MRSM banyak improve leadership's skills aku. Banyak benda yang aku belajar kat maktab. Both academically and life's reality. Aku banyak join aktiviti off-study. Contohnya, minggu bahasa dan sukarelawan untuk sebarang acara maktab. Aku juga wakil maktab untuk Minggu Bahasa masa Tingkatan 4 dan 5, wakil maktab untuk acara Silat. Aku adalah ahli PRS dan PUM. Sebagai seorang PRS, kerja paling constant aku buat adalah Buletin Precious. Sebagai ahli PUM aku takkan lupa tayangan cerita yang kitorang buat. Ada yang panggil aku budak paling sibuk maktab. Aku ingat aku nangis masa aku mula2 tahu sebab aku diejek. Tapi kata2 Cikgu Yani memang buat aku sedar.

"Biarlah diorang nak kata apa pun Nad. Apa yang awak buat sekarang ni banyak manfaatnya untuk diri awak. Diorang tak dapat pengalaman yang awak dapat."

No comments:

Post a Comment

Web Analytics