About Me

My photo

Trying to get my voice out!

Thursday, 4 February 2016

Nasi Hujan Panas Simple

Memandangkan dah dua hari aku tak masak untuk orang rumah ni sebab nak exam, hari ni jadi terlebih rajin pulak. Ini kali kedua aku cuba masak Nasi Hujan Panas ni. First time masak tu terlebih terhujan lebat la pula, lembik sangat nasinya, sampai kalau mampat sikit dah jadi Nasi Impit. Resepi ni aku dapat dari akak sepupu, Kak Ilyani. Boleh la rujuk blog dia untuk resepi2 sedap serta mudah.

untuk masak nasi2 special ni, sukatan air dia lain sikit. so boleh la jenguk kat sini.

Aku olah2 resepi ni untuk memanfaatkan susu yang ada kat dalam peti tu. Ni semua gara2 cereal dah habis lepas tu malas nak keluar rumah beli lain.

Nasi Hujan Panas Simple

nasi hujan panas nasi pelangi yani simple mudah
Mine!


Bahan2:

  • 3 cawan beras (Aku guna 1.5 beras basmati + 1.5 parboiled rice)
  • 3.5 cawan air masak
  • 1 cawan susu (in total guna 4.5 cawan air masak pun boleh)
  • 1 sudu makan margerine/butter
  • 3/4 biji bawang besar dipotong dadu
  • 1 ulas bawang putih dicincang
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Garam secukup rasa
  • 3 sekawan untuk menumis (Aku tak bubuh kayu manis, besar sangat hahahaha
  • Pewarna yang diminati (Aku guna merah, hijau and kuning)


Cara2:

  1. Basuh beras dan ketepikan. Nak rendam sementara korang potong2 bahan pun boleh
  2. Masukkan margerine dalam periuk.
  3. Then tumis rempah2 sekawan, bawang besar, bawang putih sampai naik bau.
  4. Kemudian masukkan sos tiram dan perasakan dengan garam.
  5. Masukkan beras yang dah dibasuh diikuti dengan air/susu
  6. Masak nasi macam biasa. (Tak reti? rujuk sini)
  7. Bila nasi dah masak, buat lubang pada nasi menggunakan belakang sudu/garpu/senduk. Sediakan 3 lubang untuk setiap warna.
  8. Titiskan satu sudu kecil pewarna pada setiap lubang.
  9. Tutup periuk dan biarkan.
  10. Gaulkan nasi sebelum makan supaya nasi2 berwarna tu bercampur aduk

untuk step 7-8 bahagian bubuh pewarna tu, kalau korang tak faham boleh rujuk gambar ni. Aku lupa nak ambil gambar pulak part warna ni. Nanti kalau aku masak lagi aku update.


Web Analytics