About Me

My photo

Trying to get my voice out!

Thursday, 11 February 2016

Ayam Kicap Berempah

Resepi ni macam satu kelainan untuk aku. Selalunya aku kalau masak lauk kicap, aku prefer kuah cair sebab boleh bubuh banyak2 atas nasi. Housemate aku, Afiqah suka masak masak kicap berempah ni. So aku nak try la juga masak lauk yang sama. Lauk ni aku masak untuk makan sekali dengan Nasi Hujan Panas tu.

Bahan2 yang digunakan dalam resepi ni basic dan simple je. Memang guna bahan2 wajib dapur orang melayu. Untuk part ayam tu, ganti daging pun boleh. Dan part nak masak ayam tu terpulang dekat korang. Ada 4 cara yang aku selalu guna untuk masak ayam

  1. Goreng ayam kemudian ketepikan. = ni kalau aku rajin gila la.
  2. Rebus ayam guna Microwave Steamer. = ni kalau aku nak cepat.
  3. Bakar ayam dalam Oven = ni kalau paling malas.
  4. Masak ayam bersama2 dengan kuah
Ayam Kicap Berempah



Bahan2:

  • Ayam 4-5 ketul
  • 1/2 bawang besar dihiris
  • 2 ulas bawang putih dihiris
  • 2 biji cili padi dihiris
  • Rempah 3 sekawan
  • 1/2 cawan Pes kari (Serbuk kari + air)
  • Kicap
  • Garam/Gula


Cara2:

  1. Panaskan minyak (Api medium low)
  2. Tumiskan bawang besar, bawang putih, cili padi dan rempah 3 sekawan sampai naik bau.
  3. Masukkan pes kari dan masak sampai pecah minyak
  4. Kemudian masukkan kicap sampai warna kuah jadi gelap2 coklat camtu
  5. Masukkan ayam dah digoreng/rebus/bakar
  6. Adjust rasa dengan garam dan gula
  7. Hidangkan.
Kalau aku nak masak sekali jalan, ayam tu aku akan masukkan lepas bubuh kicap. Biarkan la dia simmer sampai ayam tu masak. Lauk ni kalau nak taruk kentang potong wedges pun sedap. Kentang tu boleh goreng dulu, bakar masuk oven or paling malas, masukkan sekali dengan ayam tu.


Web Analytics