About Me

My photo

Trying to get my voice out!

Saturday, 18 July 2015

Telur Bungkus Campak2

Nak tahu? Lepas google hari tu, baru aku tahu apa beza telur bistik dengan telur bungkus. Aku ingatkan telur bistik tu nama fancy untuk telur bungkus. Bukan rupanya. Buat malu je kalau aku post resepi telur bungkus tapi tajuk telur bistik. Hahaha.

telur bungkus


Ok ni resepi campak2 aku. Resepi bidan terjun ni, sebab aku lupa nak defrost ayam hari tu. Pukul 5 petang baru perasan yang ayam tak keluar peti sejuk lagi. Berbekalkan apa yang ada kat rumah ni, maka terhasillah Telur Bungkus nan mudah dan basic. Resepi ni ada 3 steps penting - Goreng sayur, goreng telur - masak kuah.

Bahan2

1/2 Bawang besar - potong dadu
1 Ulas bawang putih - potong dadu
1 cili besar - dihiris
1/4 tin Sayur campur (aku guna sayur campur dalam tin)
2 Sosej - potong kecil2 (boleh juga nak guna daging kisar)
1 genggam salat mix
2 atau 3 biji telur (pukul)

2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos tiram
Parsley kering
optional (a shot of lemon juice dengan oregano) - untuk kasi extra sedap


telur bungkus



Cara2

  1. Mula2 tumis bawang2 dan cili dengan api medium. Bila dah naik bau, masukkan sosej.
  2. Kemudian masukkan sayur campur dan gaul rata. Lepas tu masukkan salat mix.
  3. Perasakan dengan lada putih/hitam dan garam. Ketepikan
  4. Sekarang goreng telur yang dah dipukul tadi tu. Ratakan telur keliling kuali agar telur dadar tu nipis dan besar.
  5. Bila telur separa masak, tuangkan sayur yang dah digoreng awal2 tadi atas telur. Agak2 berapa banyak nak bubuh sebab kalau banyak sangat nanti telur tu tak boleh bungkus.
  6. Hidangkan telur lawa2 atas pinggan.
  7. Dalam kuali tadi, Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sedikit air. bila nak dekat mendidih bubuh sikit lemon jus dengan oregano.
  8. Perasakan dengan garam dan gula bila perlu.
  9. Tuang kuah atas telur bungkus dalam pinggan dan hiaskan dengan parsley sikit. Hidangkan


Ni resepi bosan makan ayam. Hahaha, selalu sangat dah makan.
Web Analytics