About Me

My photo

Trying to get my voice out!

Thursday, 30 May 2013

Scampi e Spinaci Vapiano

Kat Germany ni, lagi2 bandar tak famous macam Nürnberg ni, nak cari restaurant halal memang tak banyak. So makanan  yang hanya boleh ditelan hanyalah ikan & vegetarian. Dan ada satu restaurant nama Vapiano yang aku selalu pergi. Restaurant ni expert dalam masakan melibatkan pasta dan pizza. Dan unique nye, kita boleh tgok secara live macam mana chef tu masak makanan kita. Memandangkan aku selalu order Scampi e Spinaci (atau melayunya : udang dan bayam) ni, aku semacam dah hafal cara chef tu masak dan aku nak share version aku plak. hahaha. Bagi aku ni antara resepi pasta dan spaghetti yang mudah dan fancy

Untuk resepi ni, aku tak tahu samada mudah atau tak nak dapat bahan2 mentah yang pelik2 ni.


Pasta Berkrim dengan Udang dan Bayam

Bahan2
Pasta (Ini tersangat obvious! Pilih la apa jenis pasta yang anda suka)
Bawang Besar, dan bawang putih (dipotong dadu)
Udang
Bayam
Pesto (sila google dan lihat gambar)
Cream (kat sini aku guna whipped cream yang belum di-whip)
Garam dan Lada Hitam
Chili padi (hanya untuk mereka yang hantu makanan pedas)
Keju (hiasan semata2)





Cara2
1. Panaskan 4 sudu makan minyak.
2. Masukkan bawang besar dan bawang putih yang dah dipotong tadi.
3. Masukkan udang. Tumis smpi naik bau.(dalam 3-4 minit)


4. Masukkan cream (ikut kelikatan dan ras berlemak yang diingini) dan 2 sudu teh pesto
5. Masukkan bayam dan perisakan dengan garam dan lada hitam. kacau. (2-3 minit)


6. Masukkan pasta pilihan yang dah dilembutkan dan kacau sebati (1-2 minit)
7. Hidang dengan keju jika suka!



 Kenapa aku share resepi ni? sebab resepi ni senang sangat. yang paling penting cepat. Tak masuk waktu korang potong2 bahan2 tu, paling lama nak masak Scampi e Spinaci ni ialah 10 minit. dan aku sendiri selalu masak pasta macam ni bila aku malas nak masak tapi nak makan dengan kenyangnya. Selamat menjamu selera!



p/s : ignore picture tak berbayam tu. ak tak jumpa Spinach/Bayam/Spinat lagi kat pasaraya sini.
Web Analytics