About Me

My photo

Trying to get my voice out!

Thursday, 2 May 2013

Ayam Sambal Kukus/Goreng

Dah tulis post berjela2, sekarang tulis post resepi plak.

Bahan2
3 ketul ayam
Kentang (Digoreng)
Bawang Besar (Potong ikut suka nak bentuk macam mana)
Bawang merah (dikisar)
Cili kering ikut desirable kepedasan (dikisar)
Perasa (Garam, Gula)


Cara2 Memasak
1. rendam cili kering yang digunting2 tu dalam air panas untuk melembutkan cili kering tu sekaligus membersihkan cili tu. Kita tak taw apa benda yang hinggap kat cili tu masa proses pengeringan.
2. Kentang tu potong panjang2 melintang macam separa bujur. Then goreng la sampai garing.
3. Sambil nak tunggu kentang tu, kisar la cili kering, bawang dengan blender bersama sedikit air. Then tumis bahan2 tu sampai garing.
4. Perisakan sambal tu dengan garam dan adjust kepedasan sambal tu dengan gula. (Eh, jangan lupa check kentang tu. karang hangus plak!)
5. Susun ayam yg dah dibersihkan atas bekas kukus bersama2 kentang dan bawang besar secara berterabur. Bila sambal tu dah siap, tuang atas ayam dan bahan yang diteraburkan tadi.
6. Kukus sampai masak (Microwavable container : 8 minit, 700W)


Ayam tu boleh digoreng kalau korang tak nak kukus. Aku sangat malas nak tunggu ayam digoreng lama2 tambah banyak minyak lagi, so aku kukus je ayam tu dengan sambal. Tujuan aku kukus dengan sambal tu supaya nak bg rasa pedas tu menyeludup ke celah2 ayam tu. Aku memang camtu, memcari kepedasan di mana2.
tadaaa.... Enjoy!
Web Analytics