Wednesday 24 June 2015

Tahu makan, kena la tahu masak juga

Makanan Malaysia mungkin tak la terkenal macam hidangan dari Perancis atau Seni Sushi dari Jepun. Yang pasti, sekarang makin ramai yang tertarik dengan keunikan makanan dari Malaysia. Bak kata Anthony Bourdain, makanan Malaysia ni macam campuran pelbagai budaya yang surprisingly kena.

Belajar masak bukanlah senang untuk aku.Why? Sebab mak aku bukanlah jenis panggil aku ke dapur untuk tolong. Jadi satu-satunya peluang untuk aku mula belajar masak adalah sejak dari aku datang Jerman. So, masa mula2 sampai sini memang aku terkial2 la. Dengan baru nak kenal rempah2 4 sekawan tu semua lagi. Alhamdulillah, Internet sentiasa ada. Being a visual learner, aku prefer untuk cari resepi dekat YouTube. So, kat bawah ni aku listkan Channel2 yang provide aku dengan resepi2 yang serba mudah dan hanya menggunakan key ingredients.

Dapur Bujang


Salah Satu sebab aku suka Dapur Bujang ni sebab pengacara kelakar dia. Tengok dia masak pun seronok, resepi pun senang2 je. Contoh resepi mee kicap kat atas ni. Seriously lepas tengok video ni, memang aku immediately keluar beli sayur dan masak.


Nyonya Cooking



Aku memang boleh relate dengan Nyonya Cooking ni sebab pengacara comel Grace ni pun duduk kat Jerman juga. Bahan yang digunakan memang confirm la boleh cari kat sini. Resepi kuih keria kat atas ni memang buat aku terliur, lagi2 tengok masa tengah puasa ni.


Ochikeron



Aku akan buka channel Ochikeron bila aku nak cari resepi dessert yang senang2 lagi comel. kadang2 ochikeron ni ada juga post resepi2 makanan jepun yang senang2. Tengok la resepi Mille Crepe atas ni. Comel je.


Runnyrunny999



Runnyrunny999 ni banyak post pasal makanan jepun. Obviously la sebab dia pun Jepun, sama macam Ochikeron. Satu resepi dia yang buat aku terus subscribe dan masih lagi subscribe channel ni adalah resepi Okonomiyaki. Kalau tengok dalam drama tu nampak sedap sangat Okonomiyaki ni dan terima kasih kat Runnyrunny ni, aku boleh buat sendiri kat rumah.

Sorted Food



Sorted Food adalah channel yang aku banyak belajar skill memasak macam skill2 memotong sayur, ayam, ikan. Sorted Food juga adalah tempat untuk aku belajar masak western food. Dessert2 yang diorang buat pun banyak yang buat aku terliur.

So, apa cooking channel yang paling korang suka kat YouTube?


No comments:

Post a Comment

Web Analytics