About Me

My photo

Trying to get my voice out!

Monday, 22 June 2015

Ayam Masak Merah Basic

Aku tak ingat aku ambil resepi asal dari mana. Tapi masa first time buat tu memang follow sebijik2 step2 nak buat ayam masak merah. Sebab aku tak sure resepi asal mana aku ambil, aku nak kasi credit kat semua yang share resepi ayam masak merah dekat internet.

Yang ni aku buat simplified version. Leceh la juga, tapi aku memang guna bahan seminimun mungkin nak dibandingkan resepi yang selalu orang share. Kira aku guna key ingredients je la, bahan2 yang memang ada kat dapur aku. Even rempah 4 sekawan tu pun tak bubuh. Bukan sebab tak ada stock kat dapur, tapi sebab tak suka. Dah terbiasa makan mak aku masak tak ada bubuh 4 sekawan tu.



Jangan terkejut tengok lauk aku ni. Aku bubuh kentang sebab rasa kosong sangat lauknya. Mak aku pun terkejut tengok aku bubuh kentang. Dia tanya "Letak kentang ke?". Tambah2 ada stock kentang nak bertunas dah kat dapur ni, kena habiskan cepat. Kentang ni klu tak nak masukkan pun takpe. Boleh ganti kacang hijau tu.

Bahan2 (2 orang makan)

1 Bawang Besar (Separuh masuk bahan kisar, separuh hiris untuk masuk dalam lauk)
2 ulas Bawang putih
1 inci Halia
1 batang Serai (ketuk & potong diagonal - amik 2 bahagian untuk bahan kisar)
3 sudu besar Cili boh
2 ketul Ayam
2 biji Kentang (potong wedges)
2 sudu besar Madu
1/2 Cawan Sos Tomato + 1/2 Cawan Air ( or 1 cawan tomato puree)
1/2 Cawan Susu Cair


Cara2

  • Goreng kentang dan ayam sampi masak. ketepikan.
  • Kisar, sedikit Serai, Bawang besar, halia dan bawang putih dengan sedikit air 
  • Dengan minyak goreng, tumis bahan kisar, serai dan cili boh sampai pecah minyak
  • Lepas tu, masukkan campuran sos tomato-air dan madu. kemudian perasakan dengan garam dan gula. biar mendidih.
  • Bila dah mendidih masukkan susu cair dan perlahankan api. kacau sebati. Tambah air kalau kuah pekat sangat.
  • kemudian masukkan ayam, kentang & bawang besar dan masak selama 5 minit.
  • Adjust rasa mana patut. kalau dah ok, Hidangkan.



Cabaran betul masak bulan puasa ni. Lapar awal.
Web Analytics