About Me

My photo

Trying to get my voice out!

Sunday, 19 October 2014

Pasta Salad Lemak Berkrim



Bila bercakap pasal salad, as a Malaysia, apa yang aku bayang hanyalah sejenis sayur salad yang orang selalu makan dengan nasi ayam. Orang sini pandang pelik tengok aku makan macam tu je dengan nasi. Walaupun sayur-sayuran bukan la my thing, tapi aku tengok orang sini makan salad macam sedap gila. Lepas tu ada macam2 jenis salad plak tu. Dan memandangkan lately ni Pinterest is my new Google, so aku pun cari la pasal salad. Apa yang aku jumpa, ada macam2 salad sebenarnya wujud kat dunia ni.. Contohnya vegetable salad, fruit salad dan yang paling aku rasa nampak menyelerakan adalah pasta salad. Boleh tengok contoh paling mudah nak buat pasta salad kat sini.

Pasta salad seperti yang nama tu katakan adalah salad bersama pasta yang dimakan sejuk. Selalunya pasta salad ni orang tak guna saur-sayuran berdaun macam Vegetable atau Green salad. Pasta salad selalunya menggunakan sayur tak berdaun macam tomato, brokoli, cendawan dan jagung. Pasta yang digunakan pula selalunya pasta jenis Fusilli, Penne atau Macaroni. Tapi untuk versi yang aku cuba buat ni, aku guna kebanyakannya sayur berdaun. Resepi ni aku combine daripada bermacam2 resepi yang aku jumpa kat Pinterest.

Creamy Pasta Salad (Served Cold)

pasta salad lemak berkrim


Bahan :

  • Pasta Fusilli/Penne/Macaroni
  • Shredded Kobis
  • Shredded Carrot
  • Iceberg Salad
  • Bawang besar dihiris nipis
  • Salad dressing pilihan
  • Yogurt
  • Olive oil
  • Salami ayam dipotong segi empat
  • Keju pilihan (optional untuk jadi lagi berkrim)
  • Crouton (Tak payah beli. buat sendiri)
*Seriously, pakai la apa saja sayur kegemaran.

pasta salad lemak berkrim

Cara-Cara
  1. Rebus pasta mengikut panduan pada bungkusan
  2. Sambil tu, potong sayur-sayuran dan salami.
  3. Combine semua bahan dan gaul sebati.
  4. Tuang salad dressing, sedikit olive oil dan yogurt
  5. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.
  6. Sejukkan dalam Peti ais selama 30 minit sebelum dihidang
Sebenarnya aku tiba-tiba teringat ada makan pasta salad ni dalam penerbangan Egyptair dr Frankfurt ke KLIA. Entah kenapa tiba-tiba je teringin nak makan. Homesick la tu dok ingat makanan dalam flight je. Buat salad ni kalau ikutkan tak ada resepi sebenarnya. Semuanya terpulang kepada tekak lidah sendiri nak guna bahan2 apa. If tak suka sayur guna la buah. Camtu. Rojak buah pun salad apa. Malaysian style gitu.

Nanti dah cuba resepi ni beritahu la ye. 
Web Analytics