About Me

My photo

Trying to get my voice out!

Tuesday, 21 October 2014

Nak Merungut Boleh?

Dah nak dekat 2 bulan aku berpraktikal kat Ravensburg ni. Jujur aku
kata aku tak berapa nak happy. Aku tak tahu lama sama ada apa yang aku
rasa ni betul atau tak atau pun semua ni hanyalah mainan syaitan
terhadap diri aku yang low self-esteem ni.

Aku tak gembira sebab aku tak ada kerja. Dari pukul 7.30 pagi aku
masuk kerja sampai la pukul 5.10 petang aku habis kerja selama nak
dekat sebulan lebih ni aku asyik duduk depan PC je. Mata aku jadi
extra kering. Tak elok sungguh untuk newbie contact lens macam aku ni.
Muka aku nampak macam orang mengantuk sepanjang hari padahal mata aku
letih sebenarnya. Sejak masuk kerja bulan September hari tu, aku dah
tekad nak buang perangai malu tak bertempat aku ni. Alhamdulillah, aku
berjaya. Dengan muka tak malu ni juga la aku pergi sorong pipi tembam
aku ni tanya orang kat makmal ada tak kerja yang aku boleh tolong.
Jawapan yang aku dapat tetap sama – tak ada. Dengan rasa hampa, aku
balik ke meja aku, menghadap PC tak sudah. Yang membuatkan aku lagi
sedih adalah bila mana aku tengok orang2 kat makmal ni tiap2 hari
datang kat member intern aku yang lagi satu ni untuk minta dia buat
kerja something. Bila aku tanya, jawabnya tak ada kerja tapi tiap2
hari partner aku sarung lab coat dia buat kerja.

Kadang2 aku ada dapat semacam vibe yang diorang ni tak suka or
annoying dengan aku. Bila aku masuk kat dalam bilik yang diorang
tengah rancak berborak je, perbualan tu mesti terhenti, jadi senyap
sunyi. Yelah, saya ni foreigner, mana la hebat cakap jerman. Sebab tu
la susah nak join conversation. So bila aku diberi tugas baru, aku
akan tanya banyak kali sampai la aku faham betul2 apa yang aku kena
buat. Bagi aku kerja kat makmal ni kena teliti lagi2 bila kena buat
something dengan bahan kimia berbahaya ni. Aku student yang tak banyak
pengalaman tambah pulak foreigner yang reti cakap Bahasa jerman yang
cincai2 je, memang soalan aku A to Z la jawabnya. Sekarang ni kalau
aku ada soalannya nak tanya je mesti aku fikir dua kali. Tapi sebab
nak belajar aku gigihkan diri juga la pergi tanya. Diorang ni pulak
bila nampak muka aku kat depan pintu mesti kata “Ye Nadhirah. Soalan
apa pula kali ni...” Ada la gak terasa sikit tapi aku buat2 tak tahu
je dan menggunakan advantages aku sebagai seorang foreigner di bumi
Jerman dia untuk pura-pura tak faham apa yang dioranng tengah
sembangkan.

Tolong la Nad! Bertahan sampai bulan Februari then aku boleh sagt
Tschüss dengan Ravensburg dan balik ke Nürnberg.
Web Analytics