Thursday 3 July 2014

Spaghetti Carbonara Salmone ala Vapiano

Restoren Vapiano adalah antara restoran yang aku cukup suka pergi lebih2 lagi kalau time tu tengah mengidam nak makan pasta. Tapi sayangnya restoran ni tak halal, jadi aku hanya boleh makan menu seafood atau sayur-sayuran. Vapiano adalah satu restoran yang terkenal dengan pasta & pizza, serta konsep kedai yang menarik. Kat sini, pelanggan akan diberi kad sebagai medium untuk order makanan dan minuman, kemudian chef tu akan masak depan mata pelanggan. Dan sekiranya aku teringin nak makan pizza, lepas order tu, dia akan bagi aku satu alat seperti buzzer yang mana alat tu akan beritahu aku yang pizza aku dah pun siap. Tu memang idea yang terbaek sebab tak payah beratur panjang2. Lepas tu, dekat setiap meja makan ada beraneka jenis herba hidup yang boleh dipetik terus dari pasu dan minyak untuk tambah atas makanan macam parsley, mint dan minyak cili.

Aku rasa macam dah cerita pasal Vapiano ni dulu.
Ok. Cukup2 la tu promote Vapiano.

Dulu aku ada bagi satu resepi pasta menu dari Vapiano iaitu Scampi e Spinachi. Memandangkan dah masuk musim panas, kali ni diorang ada perkenalkan menu baru iaitu Carbonara Salmone. Lepas pemerhatian teliti aku masa order menu ni hari tu, aku nak kongsi resepi Spaghetti Carbonara Salmone ni dengan korang.

Spaghetti Carbonara Salmone (1 Serving)



Bahan2
Spaghetti (Rebus sampai masak)
Ikan Salmon (potong bentuk kiub/hiris)
1/4 [satu perempat] Bawang besar (didadu halus)
2 biji Cili padi (potong kecil)
Cooking Cream (aku guna whipping cream dalam kotak)
1 kuning telur
Garam & Lada hitam
Parsley kering & grated parmesan cheese (Garnish)

Cara2
1. Panaskan 3 sudu makan minyak masak. Kemudian masukkan potongan ikan salmon.
2. Selepas 2 minit, masukkan bawang besar dan cili padi. Masak sampai wangi.
3. Selepas tu tambah schlagsahne. Kuantiti ikut rasa lemak berkrim yang diingini. (Aku suka bubuh separuh kotak kecil schlagsahne tu.)
4. Selepas 1 minit, masukkan kuning telur dan kacau sebati. Perasakan jika perlu.
5. Kemudian masukkan pasta dan gaul sebati.
6. Tutup api dan tabur daun parsley kering. Gaul dan hidang dalam pinggan.
7. Akhir sekali, tabur grated parmesan cheese atas pasta sebelum makan untuk rasa nikmat makan yang maxima.


Resepi ni sangat senang, mengenyangkan dan sesuai untuk orang malas macam aku ni. Kalau semua bahan2 dah disiapkan awal2, Carbonara Salmone ni hanya perlukan 5-10 minit je untuk masak. Dan resepi ni ak sesuaikan ikut tekak dan lidah orang Malaysia yang suka makan pedas dengan tambah cili padi. Kalau makan kat restoran, aku confirm bubuh minyak cili tu banyak2. Lagi-lagi dekat Jerman ni, masak sendiri memang lebih jimat dr beli. Kalau dine-in dekat Vapiano, menu ni berharga €9.95. Dengan harga yang sama, kalau masak sendiri, bahan2 tu boleh buat 4x Carbonara Salmone ni. Jimat oi!!!


Jangan lupa inform aku kalau korang cuba resepi ni!



Schlagsahne = whipped cream

No comments:

Post a Comment

Web Analytics