About Me

My photo

Trying to get my voice out!

Thursday, 10 July 2014

Ceritera 7 Julai 2014

"Jom makan tengah hari. Aku dah lapar." Ajak Thiam

"Ha'ah. Aku pun dah lapar" Sambut Daniela

"Guten Apetit. Aku puasa hari ni"

"Argh, Aku lupa!" Thiam menepuk dahinya. Daniela masih keliru. Kedua-duanya kembali duduk.

"Puasa macam mana? Tak boleh makan?"

"Ja, tak boleh makan dan minum dari terbit hingga terbenam matahari"

"Ha? Sekarangkan Sommer. Kau tak lapar dan dahaga?"

"Lama ke nak kena puasa?"

"Dari terbit hingga terbenam matahari, lebih kurang 18 Jam"

Mereka ternganga. Terdiam. Raut wajah mereka jelas menunjukkan betapa mereka rasakan mustahilnya perbuatan aku tu. Aku perlu betulkan persepsi mereka.

"Tapi tak payah. Aku dah dilatih dari umur 7 tahun. Puasa sedikit demi sedikit sampai aku mampu untuk puasa sepenuh waktu. Contohnya masa aku kecil aku berpuasa separuh hari sahaja." Mereka kelihatan lega.

"Jadi, bila kau berbuka, kau boleh makan sepuas-puasnya, boleh makan apa sahaja?"

"Ha'ah, dari 9.30 pm sampai pukul 3.00 am."

"Cool! Aku tak mampu buat sebegitu" kata Daniela

"Tapi Nad puasa hanya setahun sekali selama sebulan sahaja." sampuk Thiam. Dia sudah biasa lihat aku dan Afiqah, jadi pengetahuannya tentang Islam sedikit luas daripada Daniela.

"Betul. Dan puasa juga hanya wajib keatas yang mampu dan sihat."


*****


"Kamu makan la. Sementara itu saya solat. Nanti kita jumpa balik disini" Aku bangun dari kerusi. Mereka masih duduk. Mata Daniela tepat memandang aku.

"Achso, kau dan Afiqah selalu hilang bila tiba waktu rehat tengah hari. Baru aku tahu apa yang kau lakukan. Kalau di FH, dimana kau bersolat?"

" Ada ruang kecil yang kosong di bangunan Wassertorstra├če."

"Payah tak sembahyang? Berapa kali kau perlu sembahyang dalam sehari? Apa yang kau perlu buat semasa sembahyang? Eh, Maaf. Banyak pula soalan aku."

"Oh tak apa. Aku suka orang bertanya sebanyak itu tentang agamaku. Boleh aku ubah persepsi orang terhadap Islam."

"Wah. Boleh la aku bertanya lagi. banyak soalan yang aku sebenarnya!" Kami semua ketawa.

Aku jawab satu persatu soalan Daniela tentang solat. Dia merasakan solat 5 kali sehari banyak. Berkali2 perkataan "cool" keluar dari mulutnya bila aku terangkan mengenai solat subuh, bila aku katakan yang aku perlu baca apa yang ada dalam Al-Qur'an semasa solat. Aku malu. Subuhku masih belum on-time, bacaan surahku masih lagi berpusing di antara surah-surah yang sama, surah yang pendek-pendek.

"Tadi kau katakan waktu untuk sembahyang tengah hari adalah 1.25 pm. Sekarang sudah 2.30 pm. kau dah terlepas?"

"1.25 pm itu waktu permulaan untuk solat di watu tengah hari. Aku masih ada masa sehingga sebelum bermulanya waktu solat selepas ni. Namun adalah sangat digalakkan untuk solat di awal waktu, untuk elakkan aku terlupa dan terleka."

"Betul. Bila bertangguh, selalunya rasa malas datang sekali" Thiam membalas


*****


"Nad, aku lihat di TV orang Islam memakai dress hitam labuh dan menutupi separuh muka mereka. Kenapa aku lihat tak pernah sekali kau berpakaian begitu?" Soalan Daniela merubah suasana diam di antara kami yang dari tadi khusyuk menghabiskan soalan alte klausur.

Aku senyum. Ni mesti tengok TV, liputan media di negara-negara arab yang hanya menayangkan perempuan bertutup litup dengan Abaya hitam, Niqab dan Burqa.

"Menurut Islam, aku perlu menutup seluruh anggota tubuhku kecuali muka dan tapak tangan. Jadi apa yang aku pakai sekarang ni sudah cukup. Menutup muka seperti itu pada aku satu pilihan."

"Adakah kau perlu menutupi seluruh anggota badan semasa sembahyang?" Tanya Daniela lagi.

"Jika pakaian aku bersih, aku boleh sahaja bersolat dengan pakaian aku ini, tanpa sebarang pakaian tambahan"

"Jika di rumah kau pakai hijab ni?"

"Tidak. Aku hanya perlu menutup tubuhku bila ada lelaki yang bukan ahli keluarga aku. Jika aku keluar dari rumah, aku berhijab. Dan jika ada tetamu lelaki, aku berhijab bila di rumah"

"Aku lihat ada perempuan2 muslim yang tidak berstokin. Bolehkah? Sebab aku lihat kau berstokin."

"Kaki termasuk antara anggota badan yang aku perlu tutup, jadi berstokin adalah perlu bila aku pakai, sandal, high heels. Jika kasut itu sudah cukup untuk menutupi seperti sneakers atau kasut sukan, tanpa stokin pun tak apa. Aku juga masih cuba untuk berstokin. Pernah sahaja aku bersandal tanpa stokin. Argh, Ich bin eine schlechte Muslime"

"Eh, tidak. Kita manusia tak pernah perfekt. Jadi kita boleh ubah sedikit demi sedikit." sampuk Thiam. Daniela mengangguk setuju.

"Thiam, apa agama kau?" soal Daniela

"Aku beragama Christian"

"Und du?" soal aku balik pada Daniela

"Aku penganut agama Christian Orthodoks Rusia. Jadi aku perlu sentiasa pakai ini di mana-mana sahaja sepanjang masa" Daniela mengeluarkan salib yang tersorok di sebalik leher bajunya. Katanya salib itu adalah pemberian yang harus dipakai sejak pembaptisannya.

"Ah. Aku tahu itu. Seingat aku, Christian Orthodoks Rusia juga ada pemakaian seperti hijab dalam Islam" Daniela mengangguk.

"Jadi kita perlu tamatkan Study Group kita ni. Supaya Nad boleh sembahyang lebih selesa di rumah" usul Thiam. Daniela mengangguk setuju.

"Oh. Danke Sehr!" Aku terharu.









Guten Apetit = Selamat menjamu selera
Ja = Ya (Yes)
Sommer = Musim Panas
alte klausur = soalan peperiksaan yang lepas
"Ich bin eine schlechte Muslime" = I'm a bad muslim
Perfekt = Sempurna
"Und du?" =  Kau pula?
Danke Sehr = Terima Kasih banyak-banyak
Web Analytics