Monday 17 August 2015

Picnic dan Barbecue Raya

Kalau dah nama pun Malaysian, memang topik utama kalau dah berkumpul tu makan je la. Even masa breakfast pun dah bincang pasal dinner.

tak puas dengan jamuan raya di rumah kak Fasha 2 Syawal hari tu, kitorang plan pulak nak ber BBQ. Plan 2 Minggu je. Memandangkan ni aktiviti BBQ pertama warga Nürnberger (baca Nun-bear-ger) ada lagi la yang perlu diperbaiki.

Aku ditugaskan bawa ayam. so aku beli ayam kepak 2 kg, thigh 1kg. Aku cari resepi marinate paling simple kat internet sebab malas teramat nak buat yang special2 punya. kak fasha pula prepare nasi lemak yang memang da bomb. sedap teramat! Kak Nash pula bawa air teh tarik + noodle salat yang sangat sedap. Aku bawa balik sebekas untuk buat jadi dinner.

Cerita panjang pun tak boleh nak describe macam mana bestnya BBQ ni. So enjoy la video ni...

No comments:

Post a Comment

Web Analytics