About Me

My photo

Trying to get my voice out!

Saturday, 8 November 2014

Oh, Kanta Sentuh rupanya!

Hari tu dh cerita pasal first appointment kanta sentuh. Sekarang nak cerita pasal appointment kedua dan ketiga plak. Sebab appointment tak lama sangat macam yang pertama tu, so aku combine je la post cerita ni sekali.

Haaa....
Appointment kedua ni lebih kepada appoinment untuk pemantauan sebab aku disuruh datang dengan contact lens terletak kat mata aku. Tak lama pun, lebih kurang 15 minit je rasanya. Appointment ni terlewat selama 15 minit dari waktu asal sebab Optician tu ada emergency appointment.  Jadi, instead of mula pukul 3.30 pm, aku kena tunggu sampai 3.45 pm. Awal2 tu dia tanya aku apa pengalaman dan masalah dalam seminggu percubaan pakai contact lens. Sadly sebab aku banyak buat kerja depan PC, so mata aku cepat kering. Lepas tu dia hulur kat aku eye moisturizer yg sesuai untuk pemakai contact lens. Aku ada je bawa Eye Mo dari Malaysia tapi aku ragu2 sama ada yang tu sesuai atau tak pakai dengan contact lens, so aku tak pakai la Eye Mo tu. Eye moisturizer yang dia bagi tu likat sikit, so masa awal2 titik kat mata tu, kena la kelip mata dua tiga kali macam awek perasan cun supaya tak blur. Lepas tu, dia check lagi sekali mata aku dengan mesin yang aku sampai sekarang tak taw apa nama dia. Optician tu kata posisi kanta sentuh tu ok dan tak bergerak2 bila aku gerakkan mata aku. Akhir sekali dia suruh aku pakai contact lens ni untuk lagi seminggu dan datang balik pada waktu yang sama minggu depan. Katanya, if mata aku ada masalah dengan trial contact lens ni, aku kena cuba material lain, which aku try nak elak sebab confirm la material lain tu mahal.

Akhirnya....
Masa appointment ketiga dan terakhir ni, dia check lagi mata aku and dia kata dia happy sebab semuanya ok. Tak ada masalah dengan mata, tak ada masalah dengan contact lens. So kat sini banyak bincang pasal harga. Total consultation + stok kanta sentuh setengah tahun berharga €163. Aku rasa contact lens aku lebih kurang €50 cmtu utk setengah tahun. Yup mahal, tapi aku puas hati sebab dia ajar macam2 pasal contact lens untuk beginner dengan newbie macam aku ni. Kalau tak, mungkin aku beli contact lens tak ikut power then buka youtube belajar cara nak pakai and buka contact lens. Tambah lagi ada 2 follow-up appointment ubtuk pastikan mata aku elok dan tak ada masalah lain. Katanya, untuk cecair rendam contact lens tu aku boleh beli kat dia if yang ada sekarang ni dah habis. Mesti mahal punya, so aku decide beli kat ebay - jenama yang sama dengan harga €3. Rupa2nya, jenama ni, memang akan include bekas contact lens dalam setiap kotak, so sekarang aku ad dua bekas contact lens yang sangat la biasa2 je. Tak lawa atau comel2 pun. Dan dekat appointment last ni juga la aku baru tahu power kanta sentuh aku ni berapa. Mata kanan -2.25 dan mata kiri -2.00. Aku ingat tinggi sangat la power aku ni, tak rupa-rupanya.

Jadi lepas ni everyday life aku ada extra work - jaga contact lens dengan teliti. Oh well!

Web Analytics