About Me

My photo

Trying to get my voice out!

Sunday, 14 September 2014

Internship

Macam yg aku dah mention sebelum ni, aku sekarang tengah buat internship kat Ravensburg, Baden-Wüttemberg. Syarikat yang aku pilih adalah syarikat farmasi yang memang berasal dari bandar Ravensburg ni sendiri. Nama syarikat ni adalah Vetter. Syarikat ni juga ada cawangan yang beroperasi di Chicago, US.

Memandangkan aku belajar applied chemistry, ak sebenarnya sangat happy bila dapat tempat untuk praktikal kat sini. Sebabnya. Jawatan intern yang aku mohon sangat la berkait rapat dengan bidang yang aku sangat suka iaitu Analytical Chemistry. Hampir setiap hari diorang bekerja dalam makmal chemistry untuk melakukan analisis sample dari kilang, atau juga dikenali dengan nama Quality Control. Lepas tu, makmal ni memang menggunakan semua mesin yang aku belajar kat TH Nürnberg setiap hari i.e UV/VIS Spektrometer, HPLC, Osmometer, Electrode untuk pH & Conductivity dll.

Alhamdulillah juga sebab apa yang aku belajar dan buat kat sini setiap hari sangat2 la membantu aku untuk faham subjek yang aku nak kena repeat hujung semester ni. Kiranya aku memang kerja sambil menyelam minum air la, sambil aku study untuk exam, aku study juga untuk kerja2 praktikal aku. Kiranya walaupun aku kena belajar sendiri untuk exam, aku ada banyak cikgu kat tempat kerja yang sanggup nak tolong aku. Aku ada la niat kat diri aku ni untuk berubah supaya jangan malu tak bertempat dengan orang2 Jerman ni. Dan memang aku nak sedut habis ilmu2 yang aku boleh dapat kat makmal ni.

Syukur waktu kerja dekat office ni adalah flexible maksudnya pekerja boleh je nak datang dan balik kerja ikut suka hati tapi masih lagi memenuhi kouta bekerja 40 jam seminggu. Ada je antara diorang ni yang datang kerja pukul 6 pagi (tak solat subuh, boleh la nak datang awal), juga pukul 9 pagi. Pastu diorang balik pukul 3 petang. Malah ada je yang tak datang kerja hari jumaat sebab kouta 40 jam diorang dah cukup. Cuma kekurangannya adalah sepanjang tempoh kerja sehari 8 jam ni, hanya rehat selama 45 minit je diberi. Aku rasa kerja kat Malaysia ada lagi banyak waktu rehat which salah satu sebabnya nak bagi laluan orang solat zuhur. Alang2 dah waktu kerja flexible ni, aku memang plan la bila aku nak datang and balik kerja. Kerja dengan flexible time ni juga boleh tolong aku adjust waktu solat zuhur aku. Diorang ni pelik je bila tengok aku hilang selama 10 minit setiap tengah hari. Bila aku explain aku pergi solat baru la diorang tahu. Aku ingatkan masa hari first kerja dulu susah nak cari tempat solat. Tapi alhamdulillah ad satu bilik pantry yang bersih dan cukup luas untuk aku solat. Panty ni orang jarang masuk bila tengah hari, so sangat la membantu aku untuk solat.

Ada juga hari tu bila aku aku baca standard operating procedure diorang yang mengatakan ada satu production area yang tak boleh masuk dengan memakai tudung. Aku tahu je program internship aku ni akan bawa kitorang melawat kawasan2 kilang tu dan aku sangat la berharap aku tak payah masuk area tu. Dan bila la situasi tu ada nanti, aku dah decide untuk tak masuk. Aku tak nak tanggal tudung dan aku dah bersedia nak terima segala macam kata2 dari diirang ni nanti. Walaupun aku selalu je bayang worst case senario kat otak aku ni, aku sangat berharap situasi tu takkan berlaku.

Doakan aku dapat habiskan internship ni dengan jayanya. Amiiinn...

Web Analytics