Showing posts with label malay. Show all posts
Showing posts with label malay. Show all posts

Thursday, 9 February 2017

I'm graduating!

7th February 2017 - Examination day
8th February 2017 - The result is published online.

Good Job, Nad!

Setelah pelbagai turun naik, bukit gunung akhirnya dapat juga aku habiskan pengajian kat Jerman ni.
Master? Tak la, saya lambat. Baru nak graduate Bachelor.

Aku gembira and syukur sangat dapat grad ni. dan Alhamdulillah juga, ramai rakan se-batch yang grad semester ni.

Tahniah and Semoga berjaya untuk semua!

It is impossible to live without failing at something, unless you live so cautiously that you might as well not have lived at all - in which case, you fail by default.

Tuesday, 16 February 2016

To God We Belong and To Him We Return


Gambar ni lawatan ke UTP untuk bakal2 jurutera.
It was a hectic bus ride :-)

Nazwan,
Aku tak rapat pun dengan ko.
Kawan sekelas pun bukan.
Cuma sekadar budak kelas sebelah.
Even aku pun tak ingat sejak bila ko pakai spec

Aku terkejut gila masa dapat berita ahad hari tu.
Ambil masa sikit untuk aku percaya.

Orang baik ni Allah sayang...
Tenanglah kau di sana...

Thanks for being a part of my MRSM's memories

إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Al-Fatihah

Monday, 8 February 2016

Visitor from Egypt

Not Egyptian but Malaysian.

Wilkommen Umi, Syahira, Anati & Fauzan!

Member2 MRSM Kepala Batas yang belajar di Mesir datang melawat aku di Nürnberg Jumaat lepas. Means a lot to me. Mana taknya orang asyik tak nak datang Nürnberg je. Nürnberg isn't lame, ok.
Kebetulan hari diorang datang tu hari last paper aku untuk semester ni. Pandai betul korang pilih timing.

Betul2 aku habis exam, terus aku bergegas pergi jemput diorang di ZOB Nürnberg. Nasib baik la ZOB Nürnberg ni depan Main Station je. Takde la serabut mana nak tukar2 U-Bahn or Tram. Alhamdulillah tak la lama mana diorang menunggu. Masa aku sampai tu bus diorang baru je bertolak balik.

First stop diorang dekat rumah aku. Kat situ aku suruh diorang letak beg, makan sandwich hotdog express yang aku buat then solat sebelum keluar balik untuk berjalan. Then kitorang ke Asrama St.Peter untuk ambil kunci bilik student lelaki untuk Fauzan duduk bermalam kat situ. Takkan la nak duduk serumah dengan budak2 perempuan kan. Dah settle hal bilik tu semua, terus kitorang ke Documentation Centre Nazi Party Rally Ground atau kitorang sebut Doku Zentrum kalau nak jimat air liur.

Kitorang spent masa lebih kurang 2 jam dalam ni. Dengan entrance fee 3€ untuk pelajar, setiap orang akan dapat audio guide. Audio guide ni la yang banyak membantu disebabkan semua text yang ada kat situ adalah dalam bahasa jerman.

Dokumentationszentrum Reichsparteitagsgelände Doku Zentrum Documentation Centre Nazi Party Rally Ground
Audio guide besar gedabak

Dokumentationszentrum Reichsparteitagsgelände Doku Zentrum Documentation Centre Nazi Party Rally Ground





Selesai melawat Doku Zentrum, aku bawa diorang ke old town Nürnberg. Destinasi pertama yang aku bawa adalah ke Kaiserburg. Disebabkan kitorang ke sana agak lewat, pintu utama dia dah pun ditutup. Yang terbuka hanyalah laluan belakang. Alhamdulillah dapat la tengok sunset dari castle atas bukit.

kaiserburg nürnberg imperial castle nürnberg old town Altstadt

Then kitorang berjalan ke bawah menuju ke Hauptmarkt. Memandangkan Schöner Brunnen masih dalam kerja2 pembaikan, tak dapat la diorang nak bergambar kat situ. Route kitorang di Altstadt bermula dari Kaiserburg menuju ke Haupmarkt, kemudian merentas Museumsbrücke dan seterusnya ke Lorenzkirche. Dari Lorenzkirche, aku bawa diorang berjalan2 sekitar shopping district di Nürnberg.

Esoknya aku bawa diorang berjalan2 di Munich - Ronda2 sekitar Karslplatz Stachus, Marienplatz, Odeonplatz dan Hofgarten.

Sarapan sebelum ke Munich


Harap2 korang puas hati berjalan2 di Nürnberg.

Saturday, 19 September 2015

Renew Passport

Selasa lepas aku pergi renew passport dekat Jalan Duta. Tak ingat aku apa nama bangunan tu, yang pasti bawah Kementerian Dalam Negeri. Tempat tu All-in-one sungguh. Tingkat bawah penuh dengan kaunter2 milik Jabatan Pendaftaran Negara, daripada untuk Kelahiran, Perkahwinan hingga Kematian. Untuk Passport, kena naik ke aras 1. Di pejabat JPN Jalan Duta ni, kalau renew Mykad kena tunggu 3 jam.

Tahukah anda bahawa Malaysia merupakan negara pertama yang menggunakan Biometric Passport.

Overall memang cepat. Aku sampai situ dalam pukul 9.50 am tapi nak cari parking teramat la payah. Diingatkan yang double park tu, tolong la tinggal nombor telefon dekat cermin kereta. Walau sampai nak dekat pukul 10 am, proses pembaharuan passport memang cepat. Dalam 3 minit lepas ambil nombor giliran, aku dipanggil. Kali ni tak perlu bawa gambar sebab dekat setiap kaunter ada Kamera dan flash masing2 dan akan ambil gambar on-the-spot. Borang pun tak payah isi sebab semua dibuat dalam komputer. Lepas 5 minit, dah pun siap proses renew, tinggal nak tunggu untuk bayar je. Passport untuk dewasa RM200 untuk tempoh 5 Tahun. Lepas siap pembayaran, aku diberi resit dan diminta  tunggu sejam sebelum ambil Passport baru.

Nak tunggu sejam pun tak bosan. Dekat dalam bangunan yang sama aras ground floor ada kedai serbaneka, Gloria Jeans Coffee dan Nasi Kandar di food court. Vending Machine yang jual air tin berharga RM1 pun ada kat merata2 tempat. Kira pergi masa lapar memang cun la sebab boleh makan sepanjang tempoh menunggu tu.

Tunggu giliran nak ambil passport ni tricky sikit. Walau ada nombor giliran, pegawai tu tak panggil nombor tu. Sebaliknya dia panggil nama. Jadinya dinasihatkan tunggu dan duduk depan kaunter penyerahan. Nama aku dipanggil selepas 45 minit menunggu. Lepas serahkan resit & IC dan sahkan yang segala maklumat dalam passport baru tu betul, aku dapat passport baru. Nombor passport untuk renew tak sama dengan nombor passport lama. Jadi buat sesiapa yang ada visa dalam passport lama tu, pegawai tu akan gunting dekat bahagian barcode passport lama dan serah balik kepada kita.

Dari pengalaman aku, ni antara tips2 yang aku boleh share untuk renew passport di Jalan Duta.

  • Sediakan Mykad dan Passport lama semasa nak ambil nombor giliran tu.
  • Pastikan Mykad anda adalah yang terbaru i.e Mykad umur 18 atau 25. kalau umur dah 20an, tapi Mykad masih muka darjah 6, anda akan diminta untuk buat Mykad baru dahulu.
  • Ukur tinggi siap2 buat yang masih membesar. Ada skala ketinggian tertampal kat dinding kawasan kaunter passport, pandai2 la cari
  • Pakai pakaian yang sesuai dengan etika pemakaian pejabat kerajaan. Kalau yang tak bertudung better pakai baju berlengan panjang. Kalau tak, korang kena la pakai jacket yang dah tersedia kat setiap kaunter tu. 
  • Pakai pakaian gelap.
  • Datang dengan muka bersih suci dari segala benda2 fake seperti colour contact lens, bulu mata palsu etc. Kalau tak, korang akan diminta untuk buka semua ni on-the-spot dekat kaunter tu juga. Tak payah make-up beria sebab dalam passport tu, muka nampak kelabu juga.
  • Tunggu depan kaunter penyerahan passport 15 minit awal sebab dia takkan panggil nombor giliran, tapi dia akan panggil nama.

Tuesday, 15 September 2015

Kepoh : Online Shopping

Aku belajar online shopping dekat Jerman. Disitu aku mula mengenal Ebay dan Paypal. Aku terus jatuh cinta. Ok over.

pada aku online shopping yang ideal adalah shopping yang dilakukan 100% dalam keselesaan rumah sendiri tanpa sebarang contact antara pembeli dan penjual melainkan jika ada timbul masalah.

Online Shopping kat jerman memang bahaya pada poket aku. Mula2 sekadar window shopping sahaja di Ebay, tanpa kita sedar, kita click Buy Now, bayar dan beberapa hari kemudian barang tersebut sampai melalu Pos ke rumah. Walau bagaimanapun aku tetap suka cara ni sebab aku ni sumpah malas nak bercakap dengan orang yang aku tak kenal. Keselesaan ni juga penyebab aku tak suka online shopping di Malaysia.

Banyak sahaja barang2 yang aku berniat nak beli bila tengok website2 pakaian ni. Lagi2 Lakayena milik Maria Elena tu, baju lawa2. Baju dan barang2 kat Insta-Shop pun banyak yang menarik. Disebabkan aku benci sangat nak PM tanya harga, PM bagi bukti bayaran dekat Whatsapp, aku tak pernah beli dah lepas cuba pertama kali dulu. Sekali tu je, tak ada dah aku beli kali kedua.

Malaysia memang ada Ebay tapi jujur cakap Ebay Malaysia lame. barang tak banyak. tak boleh nak buat apa sangat la sebab mudah.com.my dah terpahat di hati rakyat Malaysia. Dan balik Malaysia kali ni, ku temui Lazada. Tahniah aku nak ucap kat Lazada sebab wujudkan pembayaran melalui Paypal. Kira lepas ni memang kalau aku nak online shopping kat Malaysia, aku cari kat Lazada aje.

Aku dah pun buat pembelian pertama aku di Lazada. Silky smooth aje. Sedar2 2 hari lepas tu barang sampai. Selalu balik Malaysia ni aku cari Tshirt Muslimah sebab kat Jerman confirm2 tak jumpa. Alhamdulillah barang yang aku beli semuanya OK. Lagi satu bestnya Lazada ni sebab banyak Sale. kalau tangan aku gatal, memang dah click Check Out dah. Tapi nafsu membeli masih boleh dibendung, barang2 yang tertambat di hati aku masukkan sahaja dekat Wishlist.

kalau tanya aku online shopping Malaysia mana yang aku selalu membeli-belah, memang jawapan pantas kilat aku adalah Lazada


Thursday, 10 September 2015

Chilling at Sungai Chiling and Fraser Hill

The team is back!

Aku selalu kempunan nak join aktiviti maktab, jadi bila ada peluang untuk aku spend quality time dengan ahli2 #GengEpic, memang kitorang akan jadikan se-epic mungkin. Kitorang ni kekurangan seorang ahli regular aka my BFF Iqa. Namun begitu, plan tetap berjalan.

Asalnya aku just nak ajak keluar hujung minggu aje - makan2, tengok wayang, karaoke, the usual stuffs. Namun Che Mat cadangkan kitorang pergi bercuti. Lepas kumpulkan ahli2 asal, pun recruit ahli2 tambahan. Kali ni, Ikram dan Izyan. Hasil perbincangan berjaya membawa kitorang bermalam selama 2 hari 1 malam di Sanctuari Ikan Kelah Sungai Chiling. Ni aktiviti camping kedua kitorang selepas Janda Baik

riverside janda baik
Throwback


Disebabkan hal-hal yang tak dapat dielak, Che mat tak dapat bertolak bersama kitorang pada pagi 5 September 2015 tu. Kitorang bertolak dari rumah Yaya dalam pkl 10.15 am dan tiba di Sanctuari Ikan Kelah Sungai Chiling pada jam 12.00 pm. Selepas berjalan selama 10 minit, kitorang sampai ke pondok pendaftaran. Untuk bermalam di tapak perkhemahan, deposit RM150 beserta yuran masuk RM2/sorang diperlukan. Kalau tak bermalam, setiap benda yang berpotensi menjadi sampah-sarap dikenakan deposit RM3/barang. Memandangkan kitorang dah bayar RM150, jadi tak ada lagi deposit RM3 tu. Kira collective payment la.

Kitorang sewa khemah dari Hakim punya persatuan. 2 khemah total RM20. Gila besar khemah tu, boleh muat 15 orang untuk satu khemah. setiap kali orang lalu, mesti diorang ingat family yang berkhemah kat dalam tu, padahal yang ada sekhemah 4 orang aje. Tapak khemah kitorang terletak betul2 belakang surau dan Tandas

tapak khemah sanctuari ikan kelah sungai chiling
pasang khemah dulu sebelum terjun sungai

tapak khemah sanctuari ikan kelah sungai chiling
aku tolong gak, sambil makan roti

tapak khemah sanctuari ikan kelah sungai chiling
ni la tapak kitorang bermalam

Plan asalnya nak ke Air terjun tengah hari tu, memandangkan cuaca pun mendung dan pihak pengurusan hanya benarkan trekking terakhir ke air terjun pada pukul 3.00 pm, jadi kitorang postpone plan ke sana pada ahad pagi. lepas setel 1 khemah, kitorang pun terjun dalam sungai. air dia memang sejuk tambah pula banyak gila anak ikan dalam sungai tu. Ada satu spot yang dalam kat sungai tu, so budak2 laki pakat2 loncat dan terjun. kitorang yang perempuan ni dok main simbah2 air aje. walau tak buat apa2 sangat, kaki masing2 pakat cramp. Tengah2 mandi tu, hujan turun rintik-rintik. Disebabkan dilarang mandi ketika hujan, kitorang naik ke atas dan sambung pasang lagi satu khemah. Mula2 kitorang ke kereta angkut semua barang2 dari kereta ke tapak khemah. bila dah selesai, kitorang pun jamah makanan2 yang dah dibawa.

sanctuari ikan kelah sungai chiling
mambang sungai?

sanctuari ikan kelah sungai chiling
sungai berhadapan tapak khemah kitorang

malam tu, aku pening kepala teruk. Kena hujan + makan lambat + mabuk kenderaan. Aku tidur sebentar petang tu. Kemudian kitorang siap2kan tempat untuk masak nasi goreng dan bakar ayam dan ikan. Siap separuh jalan, tiba2 je hujan turun. Aku teruskan bakar ikan dalam keadaan baju tidur basah kuyup kena hujan. Untung kau ikan, duduk bawah payung. Nak BBQ tak payah. sebab ada banyak batu yang sedia tersusun macam unggun api tambahan pula jaring2 besi tu banyak terbiar kat tapak2 khemah. Silap kitorang adalah tak bawa lampu sebab tempat tu serius gelap gelita. memang tanda sebarang sentral lighting yang boleh guide ke mana-mana. even lampu toilet pun liplap2 aje.

bbq barbecue sanctuari ikan kelah sungai chiling
yang lelaki bakar ayam, yang perempuan goreng nasi

bbq barbecue sanctuari ikan kelah sungai chiling
ayam yum yum!


Che Mat sampai betul2 selepas semua makanan siap dimasak. Nasib baik khemah besar, jadi boleh la kitorang makan malam dalam khemah sambil borak2 mengenang memori lama, mengorek rahsia, bakar2 marshmallow, minum vico. Penat gelak aje malam tu. 

makan malam dinner dalam khemah bbq barbecue sanctuari ikan kelah sungai chiling
makan malam berlampukan flashlight smartphone

makan malam dinner dalam khemah bbq barbecue sanctuari ikan kelah sungai chiling
soalan2 mengorek kisah2 cinta. keh3

Esok pagi, kitorang breakfast dengan makanan lebihan semalam. Pagi tu nyaman habis la. Nasib baik ada dapur gas portable yang atikah bawa, jadi boleh la kitorang panaskan makanan2 leftover semalam.


sarapan breakfast dalam khemah sanctuari ikan kelah sungai chiling
sarapan pagi

sarapan breakfast dalam khemah sanctuari ikan kelah sungai chiling
sarapan pagi

setelah berubah-ubah plan, akhirnya kitorang tak pergi langsung ke air terjun. Plan berubah ke melawat Bukit Fraser. Ada la pula yang kata dari situ ke Fraser Hill cuma 17 minit drive. Tipu tu. lepas sejam pun tak sampai lagi. Aku siap muntah2 loya lagi. Tak dapat air terjun Sungai Chiling, kitorang alas perut dekat air terjun Jeriau Bukit Fraser. Dapat la rendam2 kaki kat air terjun dia.

camping sanctuari ikan kelah sungai chiling
angkat barang nak kasi adil

air terjun jeriau waterfall
wefie acah2 gelak

air terjun jeriau waterfall
proper wefie

jam bukit fraser hill
We were here!

Isnin tu semua mengadu sakit badan. Apapun, memang best. Quality time to the fullest! InsyaAllah kitorang serius nak repeat lagi aktiviti macam ni. Dah keluar macam2 plan nak beli khemah sendiri siap. Overall memang puas. seronok + murah. untuk perbelanjaan barang camping aje, kitorang hanya bayar RM 14/seorang.

Sediki sebanyak mengenai perkhemahan di Sungai Chiling :
  • Tapak Khemah kena book dengan Encik Yusri - 013 308 9463
  • Pihak Sungai Chiling ada buat sewa khemah (4pax tent) RM 40/sehari.
  • Bayaran masuk RM 1 sehari, Kalau berkhemah 3 Hari maknanya RM 3.
  • Deposit sampah dan tapak khemah RM 150 (ada Resit). kalau tapak khemah korang bersih, boleh dapat balik.
  • kalau tak bermalam, deposit sampah RM 3/barang. kena declare kat pondok pendaftaran
  • Trek ke air terjun hanya dibuka pada 8.00 am - 6.00 pm dengan Hiking terakhir pada jam 3.00 pm
  • Tak dibenarkan mandi ketika hujan
  • Tak dibenarkan tangkap ikan
  • Bawa lampu sebab kawasan kem memang gelap gelita sepanjang malam.


Saturday, 8 August 2015

Aidilfitri 2015 - 2 Syawal di Nürnberg

Ini baru raya sebenar kitorang di Nürnberg. Terima kasih kak fasha sekeluarga untuk makanan yang sedap2 belaka, terutama ayam masak merah tu... melting! Memanmakan berkali2 tambah! ada Daging dendeng, soto ayam dan kuih-muih pun penuh satu meja.

Seharian tu memang berborak dan makan sahaja. dan aku dapat peluang berkenalan dengan 2 lagi akak2 Malaysian yang tinggal di Munich dah Netherland.


Wednesday, 22 July 2015

Kenduri Kahwin Blues

Throwback kenduri kahwin member

Its that time of the year again.
Setiap kali nak balik summer mesti invitation kenduri kahwin masuk berbondong2

Dalam aku bergembira mengucapkan Tahniah, datang la that one penyakit - Kenduri Kahwin Blues.
Yang mana aku mula mempersoalkan bila la aku turn aku nak sampai.
Then sebulan lepas tu, soalan tu terkubur balik.
Datang balik fasa tak amik kisah - fasa yang mana aku akan kata, malas la nak cari jodoh, nanti2 dah sampai jodoh kahwin la.

Maka berulanglah fasa2 ni saban tahun

Ceh.

Wednesday, 8 July 2015

Oh My English! or Deutsch!

Ok, bukan nak cerita pasal rancangan Astro tu. Nak cerita pasal English aku.

Kelmarin aku ada tolong sorang budak USA ni di Pasaraya Rewe berdekatan rumah. Mula terdengar la yang dia bercakap dengan cashier dalam bahasa Inggeris. Aku punya otak mula la menggedik bajet2 Detective Conan
"Dia ni mesti baru sampai Jerman"

Nak jadi cerita, bila dia nak bayar barang2 rumah dia, kad debit and credit dia jammed. So aku offer la bayarkan dulu. Mula2 dia tolak tapi aku cakap kat dia yang dia beli barang penting untuk masak macam daging minyak bawang bagai, jadi kalau dia tak beli mesti dia tak makan malam ni. Dia pun terima la offer aku untuk bayarkan. 

So aku borak la sikit2 dengan dia dalam bahasa Inggeris. Mula2 tu okay dan lancar je aku borak. Ntah kenapa bila aku jumpa dia esok masa dia nak bayar balik kat aku tu. bahasa Inggeris aku ke laut. Dah jadi rojak Jerman-Inggeris yang dah basi. Buruk bebenor bunyinya. Dah bila jadi macam ni, aku automatik jadi gagap. Contoh :

"There is dieser Shop named Kik an this road. You just walk straight dieser Rich.. way."

Tahniah Nad!
Jerman kau bukan bagus mana pun. Tengok2 English kau pun hancus.

Gif credit to hiraito

Macam mana nak betulkan ni? Aku kat rumah layan lagu Inggeris kot, Tengok cerita pun The Big Bang Theory, Criminal Minds dan Supernatural. Cerita jepun pun dah kurang dah tengok.

Otak aku dah confius~

Friday, 24 October 2014

Kepoh : Aku dan Anjing

Malaysia tak reda lagi dengan isu program “I want to touch a dog”. Aku hari2 dok perhati je status2 dan gambar di Facebook yang orang galak dok share sana sini. Ada yang setuju ada yang tak setuju, tak kurang juga yang atas pagar. Daripada apa yang aku faham, tujuan program tu adalah nak hilangkan prejudice orang melayu islam terhadap anjing. Sambil menyelam minum air, program tu educate juga la cara2 nak samak or sertu. Apa yang aku nak cerita ni adalah pengalaman dan pendapat aku sendiri.
Tanggapan orang melayu islam terhadap anjing kat Malaysia pada aku wujud hanya kat Malaysia. Kita memang kalau jumpa anjing kat Malaysia selalunya anjing liar dan gila tak lupa juga anjing besar yang orang bela yang kita selalu dengar menyalak kuat gila kat kawasan perumahan. Aku sendiri ada tanggapan yang sama lebih2 lagi bila aku tiga kali kena kejar anjing gila masa dalam perjalanan ke sekolah rendah. Bila ingat balik peristiwa ni rasa kelakar la pulak tapi perasaan masa tu memang cuak habis. Aku dan kawan2 yang juga jiran aku akan sama jalan kaki setiap pagi ke sekolah agama. Tiba-tiba je kitorang perasan ada 2 ekor anjing dengan muka garang berlari ke arah kitorang. Masa tu memang angkat kain sekolah dan pecut lari. Daripada apa yang kawan aku cerita, anjing liar ni wujud sebab orang buang anjing yang dibela bila diorang dah malas nak jaga. Memandangkan Malaysia tak ada specific rules pasal haiwan peliharaan macam anjing ni, benda2 macam ni payah nak dielak.
Masa aku mula2 sampai Jerman dulu pun aku still ada tanggapan yang sama. Lagi2 bila tahu yang memang orang kat sini ramai yang ada anjing peliharaan. So, setiap kali bertembung dengan orang yang bawa anjing dia berjalan, aku sama ada akan beralih ke jalan lain atau mengelak jauh2. Lagi parah bila anjing tu dilepaskan tak bertali lepas tu jenis yang suka nak bau2 orang. Kalau terkena macam ni, memang aku melompat ketakutan malah kadang2 siap menjerit sekali. Bila benda macam ni terjadi selalunya ada 2 outcome - owner anjing tu akan minta maaf or jenis yang scumbag ni pergi gelakkan aku. Aku ambil masa nak dekat setahun lebih untuk sedar yang anjing sebenarnya bukan macam apa yang aku alami kat sini. So sekarang ni aku boleh jalan sebelah anjing dengan tenang tapi masih menjaga jarak aku. Alhamdulillah aku dah buang prejudice aku terhadap anjing, dah tak benci dah macam dulu.
Ada la dua tiga kes aku kena lakukan samak, selalunya bila ada anjing yang keringkan badan dalam train bila hujan turun. Just to be on safe side, aku samak je seluar aku, takut2 air tu ada terpercik ke aku. Ada sekali aku kena menyamak pula masa aku duduk di Munich. Masa tu dapur kena share ramai2, pastu aku relaks je pergi korek2 sinki sebab tak nak bagi air bertakung. Pastu baru aku perasan yang aku ada terpegang daging khinzir.
Seperti yang semua orang islam dah tahu, anjing tu najis berat a.k.a mughallazah. Tapi tak ada pulak ajaran islam yang kata kita kena membenci dan menghina anjing. Aku rasa aku tak perlu ulang cerita kisah pelacur dan anjing. Semua orang dah sedia maklum pasal tu. Islam ajar kita untuk hormat dan sayang semua ciptaan Allah termasuklah binatang. Tapi tak bermaksud kita boleh pegang atau belai anjing sesuka hati kita lagi2 kalau anjing tu comel. Anjing tu dah diklasifikasikan sebagai najis dan kita sebagai umat islam yang sangat menggalakkan kebersihan, kita tak boleh sesuka hati nak pindah najis ke badan kita. Lagi2 bila kita diwajibkan solat 5 kali sehari. Nak tukar pampers baby pun geli2 padahal tu najis sederhana/mutawasitah, tapi kita pulak senyum2 sambil dok peluk najis mughallazah. Aku tahu juga yang pendapat mazhab lain berkenaan anjing sebagai najis. Bab tu aku tak berani nak ulas sebab aku tak cukup sangat ilmu pasal mazhab syafie apatah lagi mazhab2 lain.
Pada aku nak hilangkan rasa takut kat anjing ni tak payah pegang pun boleh buat. Aku salah satu living proof. Mungkin nak rasa experience aku dengan anjing di sini kat Malaysia agak payah sebab kita jarang nampak orang bawa anjing berjalan. Tambah lagi sikap toleransi dalam diri warga Malaysia yang non-muslim ni buat diorang faham situasi orang islam dan tak bawa anjing peliharaan diorang jalan-jalan. Tapi boleh je nak lakon semula situasi macam yang aku alami. Instead of pegang anjing tu, dalam program tu boleh je educate orang dengan tatatertib bila berdepan dengan anjing peliharaan lagi2 guide dog yang orang buta perlukan. Pastu Malaysia patut ada pet animal law (Animal Welfare law) yang menghalang orang buang anjing sesuka hati untuk elak lebih banyak anjing terbiar dan anjing gila membiak. Bukan untuk anjing je, kucing sekali. Kita sibuk bersihkan anjing2 jalanan tapi masalah tu takkan selesai bila kita tak punca masalah dia dari awal. Prevent before finding Solution.
Kat Malaysia sekarang hanya ada Animal Cruelty Act. Aku rasa dengan tambahan Animal Welfare Act boleh selesaikan masalah anjing liar ni. Dan Jerman ada undang2 yang sangat cantik which is why kenapa aku tak pernah jumpa stray dok kat sini. Disebabkan aku tengah boring sekarang ni, maka aku rajin la nak explain secara ringkas beberapa Germany’s Animal Welfare Act
·         People keeping, caring or having to care for an animal are not allowed to limit the animal’s opportunity for species-specific movement in a way that the animal suffers from pain, diseases or injuries.
·         A dog should not stay alone without being walked for more than five hours. A dog being kept indoors needs proper exercise and should be taken out for walks several times a day.
·         People are not allowed to chain up the dog within the apartment or keep it locked in a separate room.
·         If a dog is at risk, police get with the official veterinarian and they both get the dog out of its miserable condition. Violations of the law might result in a prison sentence of up to three years or a fine of up to €25,000.
·         Dog owners must keep their dogs on a leash while walking them on public streets in housing areas. In all other areas, dogs must be automatically put on a leash when other people approach. Violators may be punished with fines up to €5,000.
·         Dog’s dirt in public places must be pick up and dispose properly.
·         Dog owners need to make sure that their pets don’t bark and whine during quiet hours: 1 to 3 p.m. and 10 p.m. to 6 a.m. Outside these hours, dog owners must ensure that dog noises do not last longer than 10 consecutive minutes (or more than 30 minutes cumulatively per day). If necessary, dog owners must, to ensure that a dog does not disturb neighbors, keep dogs inside if they cannot control the dog’s barking.
·         If pets are not following local pet care laws, pet owners can get fined.
Tu je la yang aku nak luahkan. Tak penting pun.

Saturday, 13 September 2014

Kepoh : Khabar Musim Luruh

Ok. Tajuk tu over.

Yo! Terbiar dah blog aku ni. Hahaha, padahal bukan ada pembaca pun. Anyhow, hari tu bila balik Malaysia selama 2 minggu untuk beraya, aku memang berusaha untuk tak online dan sentiasa enjoy masa2 berkualiti dengan family. Plus kampung aku takde internet dan aku tak ada data plan macam orang lain so memang banyak berinteraksi dengan keluarga la. Aku senyum bangga je bila pak uda aku tengok sepupu2 lain dan kata "Semua raya dengan telefon je la sekarang" sebab aku tak ada internet dekat telefon. Walaupun balik 2 minggu je, aku gembira dan puas sebab objektif nak balik raya tu tercapai.

Sekarang aku dah berada di Jerman balik. Tapi bukan di Nürnberg, Bayern. Sekarang aku tengah praktikal dekat Ravensburg, Baden-Wüttemberg. Jauh oi dari Nürnberg, naik train 2 jam dah sampai Swiss. Aku sekarang tengah praktikal dalam bidang Quality Control dan Chemical Analytic. So far memang aku happy sebab aku memang minat bidang ni dan kerja2 dalam lab. Cuma tu lah, masalah aku adalah aku tak confidence sangat dengan diri sendiri, selalu tak sure itu ini. Memang aku perlu extra latihan dan usaha dari orang lain. InsyaAllah aku akan cerita pasal praktikal tu nanti sebab sangat menarik. Lain dari Malaysia!

Kehidupan kat Nürnberg dan Ravensburg memang berbeza. Nürnberg tu bandar dan Ravensburg-Weingarten ni boleh masuk kategori pekan dan kampung. Kat sini, public transport hanyalah bas semata-mata. So tak dapat la nak merasa U-Bahn, S-Bahn dan Tram macam kat Nürnberg. Ada hikmahnya. Sebab kat sini perjalanan dari rumah ke tempat kerja aku memakan masa 1 jam, aku dapat teruskan ODOJ aku dengan jayanya dalam bas. Kiranya masa pergi kerja aku buat separuh juzu' dan lagi separuh masa dalam perjalanan balik. Kedai Asia dan kedai daging halal pun tak bersepah macam Nürnberg. Buat masa aku baru jumpa satu je. Tapi okay la daripada tak ada. Kalau tak memang aku nak kena topup serai dan cili padi tiap2 bulan dari Nürnberg atau bandar terdekat la jawabnya.

Kalau nak ikutkan aku memang happy hidup kat sini. Kenapa? Orang kat sini baik2 belaka! Kalau naik bas tu, diorang akan ucap selamat pagi/hello kat orang2 dalam bas tu. Tak pernah lagi la aku duduk dalam bas tapi tak borak2. Memang confirm orang sebelah akan ajak berbual. Kalau Kat sini, pemandu bas kadang-kadang siap tunggu orang yang berlari kejar bas walaupun dia sebenarnya dah terlambat. Kat sini aku perasan ramai sangat student india. Boleh jadi dalam setiap bas aku naik tu, akan ada paling kurang 2 orang.

Aku ada la sedikit harapan nak baiki bahasa Jerman aku yang berterabur ni sepanjang hidup kat Ravensburg. Yela, dah pergi kerja memang jumpa orang Jerman je, pergi kedai pun. Malah roomate aku sekarang pun orang Jerman! Memang berbahasa Jerman 24/7! Tapi ada sedikit rasa hampa sebab orang sini berdialek schwäbisch (swabia). Memang lain nak mampus dari standard Jerman. Even orang2 kat tempat kerja pun cakap macam ni dengan aku "Dengan Nadhirah saya kena ada extra effort sikit nak berkomunikasi sebab kena cakap standard Jerman". Tapi daripada apa yang aku perasan, dialek ni sangat lembut. Ada bunyi macam french sikit juga. Kalau dialek bayerisch, diorang tak marah pun bunyi macam marah. Hahahaha. Seronok bila dengar diorang berborak guna dialek swabia. Dan bila dah 24/7 ni macam2 la aku korek pasal culture diorang. Aku tanya habis kat roomate aku pasal beer diorang, pasal party2, pasal politic dan lain2 lagi. Memang korek habis la. Contoh paling menarik, diorang dah start minum alkohol pada usia yang boleh kata awal juga la. Start dari umur 14, diorang hanya boleh minum apa yang parent bagi je. Start umur 16 diorang dah boleh beli beer. Dan bila umur 18 (ke 17?) diorang dah boleh beli semua jenis alkohol yang ada kat kedai.

Ok. Dah sampai Nürnberg. Aku menulis ni dalam train. Nanti aku cerita pasal praktikal pulak

Thursday, 29 May 2014

Kepoh : "B@b! Punya Cadbury"

Walaupun ada aku ada Facebook, kadar ketersampaian sesebuah berita dari Malaysia kepada aku adalah sangat slow. Sebagai contoh, semalam aku tak faham awat la rakyat marhaen Perak patriotik bebenor dok post gambar bendera perak. Hari ni baru aku tahu yang rupa-rupanya Sultan Perak mangkat. Innalillah.

Sebelum tu, penuh News Feed aku dengar kemarahan member terhadap Cadbury. Member aku kata ada DNA babi dalam 2 product coklat Cadbury. Aku pun terkejut! sebab coklat Cadbury tu macam coklat kegemaran Malaysia. Tapi aku lega juga sebab aku dah lama tak makan coklat kat Malaysia. Sejak tingkatan 5 lagi. Bajet matang. Aku start makan coklat balik pun dekat Jerman ni. Sebab nafsu yang tak tertahan melihat setiap pasaraya ada satu rak besar khas untuk coklat semata-mata. Kalau tengah ada Rabatt tu, coklat yang besar tu harga dia €1 je! Memang memborong bawak balik Malaysia la.

OK. Aku bukan nak cerita pasal coklat. Aku nak cerita pasal orang. Alhamdulillah buat masa ni, komen2 tak masuk akal tentang isu DNA Porcine dalam coklat Cadbury tak keluar dari mulut kawan2 aku. Yang sedihnya, komen2 sedemikian rupa keluar dari wakil2 NGO Islam yang dikatakan "mewakili suara penganut agama islam di Malaysia". Beberapa hari lepas aku tengok video kat YouTube yang seorang wakil NGO ni menyuruh Cadbury bayar kos cuci darah umat islam kat Malaysia! Ini over.

Wakil NGO ni bercakap kesan coklat yang tercemar dengan porcine ni daripada 2 aspek - Psikologi dan Fizikal. Dia quote perumpamaan famous " We are what we eat". Katanya, benda haram yang kita makan tu dah jadi darah daging kita. Secara tak langsung kita jadi malas solat, malas nak beribadah. paling tak boleh tahan, dia kata "Silap2 haribulan muka kita pun dah nampak sebiji macam khinzir". Dari segi fizikal, dia kata kalau boleh dia nak suruh Cadbury pergi research lab mana2 dan bayar kos tukar/cuci darah umat islam kat Malaysia. Kemudian seorang wakil NGO yang lain pula kata dia menangis kerana terberi anaknya makan coklat yang tercemar tersebut.

We are what we eat.
Pada pendapat aku, perumpamaan ni membawa dua maksud- aspek kesihatan dan rohani. Pada yang aku faham, kalu dari segi kesihatan fizikalnya, perumpamaan ni membawa maksud : Kalau makanan yang kita telan tu tak sihat, maka tak sihatlah badan. kalau dari segi rohaninya pula, Hadis ke-10 (daripada hadis 40) pun ada mention kalau kita makan makanan yang haram DENGAN SENGAJA, doa susah nak makbul. Tapi dalam isu chocolate cadbury ni kita tak tahu, kita tak sengaja. Aku tak setuju la bila dia kata kita dah termakan coklat yang ada babi, nanti kita jadi malas beribadah. Kalau dah memang sejak azali malas, tak payah nak salahkan babi. Kadang2 orang yang revert, yang dulu sememangnya makan pork lagi rajin nak bangun solat dari kita yang tak pernah nak sentuh pork ni. Kita tak payah beria nak menyalahkan khinzir atas sebab kekurangan kita

Mak Cik A : Kau tahu, anak aku dah malas nak bangkit subuh. Ni mesti sebab makan coklat Cadbury yang dapat kat kenduri hari tu.

Cuci/tukar Darah
Secara tetibe semua jadi kisah apa yang ada kat dalam darah daging kita yang termakan coklat cadbury ni. Kita sensitif sungguh bila dengar perkataan babi/khinzir/pork. Dan secara automatiknya, semua orang akan tahu yang benda alah tu haram. Dah tu, yang merokok tu, yang sara keluarga dengan makan duit rasuah tu, yang tak tutup aurat tu tak pernah pulak nak kisah. Yang tu pun patutnya semua orang tahu sememangnya haram. Patutnya secara automatik perkataan Haram yang keluar daripada mulut kita ni bila orang sebut Rokok/Rasuah/Tak tutup Aurat.
Islam tu mudah. Kita bukan sengaja dok pi telan porcine tu. Kita tak tahu. Yang dok rumitkan keadaan cakap pasal tukar/cuci darah la, kumur2 dengan air tanah la pasai pa? Aku tak tahu la berapa kali aku perlu tekankan yang Islam tu mudah. Kalau sungguh la ajaran islam kata macam tu, payah la orang nak revert to islam, nak kne cuci/tukar darah bagai. Dalam Al-Qur'an pun ada cakap berkenaan hal tak sengaja atau tak tahu ni :


Boikot Cadbury
Aku tak dapat nak nafikan yang agak susah untuk Cadbury berniaga di Malaysia selepas isu porcine dalam coklat ni. Orang islam sangat particular dengan makanan halal. Mungkin dua produk je yang tercemar, tapi bila kita dah was2 kat produk2 yang lain, memang kita tak makan dah. Dah syubhah. Tapi dalam korang sibuk nak boikot Cadbury ni kan, alang2 aku nak juga ajak korang boikot Starbucks, Nestle, McDonald dan produk2 yang berkaitan dengan Israhell ni. Kadang2 aku malu tengok orang2 kat eropah ni sangat bersemangat melaksanakan kempen Boycott, Diverse and Sanction terhadap barangan Israhell ni. Diorang yang bukan islam ni lagi sedar. Umat islam kita kat Malaysia pulak seronok enjoy Green Tea Frappiato dari Starbucks. Mama aku pun cakap dia nak boikot produk Cadbury. Dan aku pun mention benda yang sama : Boikot produk Israhell sekali. Tak tahu mana lagi barangan keluaran Israhell? Nah, tekan link ni.

Isu Cadbury buat aku sedar satu benda. Kita tak boleh amalkan agama ikut suka kita yang mana best. Babi haram kita ambil, rasuah haram kita buat tak endah.

Sunday, 25 May 2014

Ayam Masak Lemak Cili Padi

Aku baru perasan. Dalam banyak2 resepi aku tulis kat blog ni, resepi lauk kegemaran aku tak ada! Macam mana la boleh lupa lauk penting macam tu. Jadi, seperti yang tajuk kat atas ni dah maklumkan, hari ni aku akan kongsi resepi ayam masak lemak cili padi or bahasa mudah yang aku selalu pakai masa kecil ayam masak kuning daripada mak aku. Aku ingat lagi masa aku mula2 minta resepi ni daripada mama, mama pelik kenapa aku tak google je. Obvious answer will be : Aku nak masak sebijik macam mama masak.
  
Ayam Masak Lemak Cili Padi  

gambar dari kamera tablet, so tak lawa sangat.

Bahan2
Serbuk kunyit / kunyit hidup
Cili padi
Bawang besar (optional)
Air
Serai
Ayam/Daging
Kentang (optional) - Dipotong bite size
Santan

Cara2
1. Blend air, serbuk kunyit dan cili padi. Bilangan cili padi adalah mengikut tahap kepedasan yang dikehendaki. Serbuk kunyit agak2 tapi tak perlu banyak sangat sebab untuk warna kuning semata-mata. Optional : boleh blend bawang besar sekali.
2. Panaskan sesudu makan minyak panas. Kemudian masukkan bahan blend tadi beserta serai.
3. Bila kuah mula nak mendidih, masukkan ayam dan kentang. Tutup periuk
4. Bila ayam dah masak dan kentang dah lembut, perlahankan api.
5. Kemudian tambah santan sedikit demi sedikit sambil merasa.
6. Perasakan dengan garam dan biarkan selama 3 minit.
7. Hidangkan.
   
Aku rasa lauk resepi daripada mama ni versi Negeri Sembilan sebab tiada sebarang aktiviti menumis diperlukan. Ayam masak lemak cili padi ni sangat la mudah dan senang lebih2 lagi bila kita prepare awal2. Contoh macam aku buat, malam sebelum aku masak aku akan prepare 4 benda : bahan blend, ayam dah siap dibersihkan dan defrost, kentang dah siap kupas dan santan. So bila aku balik dari kelas dalam keadaan lapar, aku hanya perlu tanak nasi kemudian masak lauk ni. Paling cepat aku pernah buat 20 minit. Kira lauk ni lauk malas aku la...  

Diharap resepi ni bermanfaat untuk sesiapa yang mencari.
Gambar yang lebih baik akan menyusul nanti. Heheheh.

Monday, 5 May 2014

Thursday, 10 April 2014

Kepoh : Eh, tak ada logo Halal. Benda ni Haram!

Mulanya aku ingat nak tulis post kali ni dalam Bahasa Inggeris. Tapi memandangkan target audience aku (walaupun tak banyak) adalah rakyat Malaysia aku buat keputusan untuk tulis dalam Bahasa Melayu.

Sejak kebelakangan ni kecoh kat Facebook kata biskut Pepero keluaran syarikat Korea Lotte tu haram dimakan sebab tak ada logo halal. Aku memilih untuk berdiam diri pada mulanya sebab aku tak pernah makan biskut tu. Lagi satu tak ada siapa yang dapat aku rujuk yakni pelajar Malaysia Islam di Korea berkenaan biskut ni. Dan hari aku terbaca Ulasan dari Isteri Ally Iskandar yang menjelaskan isu biskut ni. Aku tak nak tulis ulasan tu kat sini. Korang boleh baca sendiri kat link ni.

Tak semestinya tiada logo halal bermakna makanan tersebut haram untuk dimakan kan.? Kering kontang lah badan kami, pelajar Muslim yang belajar di negara bukan islam, jika hanya memilih makanan yang ada ‘cop’ halal.

Aku tertarik dengan statement kak Farah Lee ni. Kita semua ni hidup dibumi Allah yang mana rezekinya kita tak boleh nak hitung bilangan dan nilainya. Mana mungkin la Allah akan biarkan hambaNya di negara bukan Islam kelaparan. Tak ada pun ayat Al-Qur'an, Hadis atau fatwa yang kata kalau makanan tu tak ada logo halal maknanya dia 100% haram. Logo halal adalah alternatif untuk meyakinkan pengguna Islam bahawa makanan ini telah diperiksa dan disahkan status halalnya. Kalau dah korang obses sangat dengan statement "Tak ada logo halal maknanya haram", awat hangpa tak tinggai tengok artis korea menari menyanyi pakai baju tak cukup kain? Tu pun haram juga.

Hidup aku bab makanan sejak aku mula belajar di Jerman ni ada dua mode. Satu mode Malaysia, satu mode Jerman. Mode Malaysia bermakna kalau aku di Malaysia, aku hanya akan sentuh makanan yang ada logo Halal JAKIM. Fullstop. Selain dari tu, walaupun tak ada bahan mencurigakan, aku takkan makan. Mode Jerman aku adalah mana2 makanan yang aku dah pasti status halalnya walaupun tanpa logo halal (cth : produk makanan yang 100% dari sumber tumbuhan) aku akan makan. Aku takkan praktikkan mode Jerman aku ni kat Malaysia. Kenapa? Salah satunya aku dididik macam tu oleh mama. Yang kedua sebab logo halal JAKIM tu dah cukup bagi aku. Aku ingat lagi dulu mama tak bagi aku makan dekat Old Town White Coffee sebab tak ada sijil halal JAKIM. Memang terliur gila tengok member makan, Aku hanya order kopi dia yang sedap tu je. Alhamdulillah, sekarang dah ada logo halal JAKIM dan dekat Old Town White Coffee Jalan TAR siap gantung besar2 depan kedai logo halal ni. Tu mode Malaysia aku.

Kalau kat Jerman ni, bila aku yakin produk makanan tu tak ada bahan mencurigakan (alkohol, gelatin etc) aku akan makan. Selalunya produk makanan yang sesuai untuk Vegetarian/Vegan atau makanan laut (tentunya kena make sure tak ada alkohol dalam masakan)  ni la yang menyelamatkan aku kat sini. Dulu aku selalu tertanya2 kenapa la orang yang bukan Islam ni, yang boleh makan apa jenis daging dia nak makan ni memilih untuk jadi Vegetarian/Vegan. Rugi kot! Ayam punya la sedap. Tapi sekarang baru aku tahu. Semua yang wujud kat bumi ni ada tujuan dia. Begitu jugalah Vegetarian/Vegan. Pada diorang mungkin sebab diorang kesian tengok binatang dibunuh untuk dijadikan makanan. Pada aku, diorang ni wujud untuk kasi kami orang islam di negara bukan islam ni satu pilihan makanan. Aku sangat lega kalau aku jumpa restoren dengan menu Vegetarian bila aku pergi jalan2 kat tempat yang sangat kurang kedai makan yang halal. Contoh masa aku ke Prague. Aku tak jumpa satu pun kedai makan halal, jadi aku hidup dua hari di Prague dengan makan snek manis macam Crepes, Trdlo atau Pommes aka French Fries. Hari terakhir aku kat Prague baru aku jumpa kedai Kebab berlogo Halal.

Sampai sekarang ada je lagi yang bila tengok gambar aku makan kat restoren bukan Islam, atau aku makan snek2 dari Jerman ni, ada je lagi yang tanya "Eh halal ke benda tu?". Aku kadang2 malas nak layan. Kalau dah geram sangat aku jawab je "Tak halal. Ada babi dalam ni. Pastu ada arak"





p/s : Bila aku terbaca pasal Pepero ni, feeling aku sama macam masa aku baca komen seorang hamba Allah kat gambar Diana Amir solat lepas akad nikah. "Eh, solat tak pakai telekung?!". Benda yang sama jadi kat adik aku bila dia solat tak pakai telekung kat surau The Curve. Ada mak cik tegur dia suruh dia pakai telekung dan solat balik. facepalm!

Wednesday, 26 February 2014

Kepoh : Kesian Cikgu

PBS atau Pentaksiran berasaskan Sekolah.
Topik hangat sekarang ni. Selain daripada PRK Kajang dan Isu air selangor. Hahahahaha

Banyak benda yang aku google pasal PBS ni. Dan info yang aku dapat banyak datang daripada luahan hati seorang guru/anak2 cikgu. Aku rasa cikgu adalah orang yang paling memahami situasi guru-ibu bapa. Lagi2 bila ibu bapa tu berperangai hampeh. Sebab cikgu tu sendiri adalah kedua2nya : seorang guru dan ibu bapa..Ok berbalik kepada PBS, apa yang aku boleh simpulkan kat sini lepas baca bermacam2 luahan hati seorang cikgu adalah PBS itu menyusahkan guru.

Tak. Aku bukan anti-PBS. Aku tak pernah anti benda yang buat pelajar jadi tak exam-oriented i.e lifelong learning. Aku tak nafikan aku dulu sangat exam-oriented. Lagi2 bila pelajar dibahagikan ikut keputusan peperiksaan. Memang masa tu otak asyik fikir yang next exam aku kena dapat straight As or or Dean's List. Adalah sangat bagus aku rasa masa mula2 Kementerian memperkenalkan PBS. Tapi masalah terbesar dia adalah tak efisen dalam mengumpul data pelajar.

Orang mungkin cakap "Alah minah ni. Bukan cikgu tapi condemn lebih2." Sebab aku sayang cikgu la aku nak bangkitkan isu ni. Point pertama yang aku terkejut adalah Setiap pelajar kena ada fail sendiri untuk kumpul maklumat dan hasil kerja pelajar. OMG, fail sendiri setiap sorang. Banyaknya kertas nak kena pakai. Maka banyak la juga ruang yang diperlukan untuk simpan fail2 ni. Banyak la juga duit yang diperlukan untuk beli fail dan Kertas. Boleh bayang tak macam mana fail tu. Confirm tebal! Ok, sekarang darab dengan bilangan pelajar Tingkatan 1-3. Serious banyak! Kat sini aku nampak 2 jenis pembaziran : wang dan sumber alam aka kertas.

Point kedua adalah betapa hampehnya system data online PBS. Aku banyak baca status cikgu2 sekolah atau kawan2 (yang maknya cikgu) pasal system ni. Cikgu berjaga malam, anak kesian tengok mak. Website asyik hang menyebabkan banyak data yang perlu dimasukkan berulang kali sebab tak sempat save. Agak2 siapa la yang buat system ni? Dia tak fikir ke online trafic akan datang dari seluruh cikgu seluruh Malaysia. Aku harap pihak Kementerian kaji lebih sikit sebelum laksanakan apa2 dasar pendidikan. Persiapkan kelengkapan yang cukup untuk memudahkan kesemua pihak yang terlibat.

Pasal cikgu kena stay up tu ak rasa memang tak patut. Cikgu pun manusia juga, ada keluarga, perlu rehat. Aku tak hairan kalau nanti ada cikgu yang malas nak kisah pasal semua ni, cikgu yang keletihan melampau. Tanpa PBS ni pun kerja cikgu dah banyak. Kelas tambahan lepas sekolah, guru penasihat aktiviti kokurikulum, latih budak2 wakil sekolah, uruskan event sekolah. Without any extra payment. Sebab tu aku respect cikgu. Sebab tanpa cikgu macam ni, zaman sekolah mungkin tak semanis yang kita pernah lalui. Cuba bayar kalau cikgu mengajar lepas tu balik. Takkan ada hari sukan sekolah, sambutan kemerdekaan dll. Mesti tak adanya kita teringat2 sekolah.

Akhirnya aku harap Kementerian akan lebih menghargai cikgu-cekgi. Sebab cikgu ni adalah orang paling penting dalam masyarakat. Kerana tanpa cikgu2 ni, orang kat kementerian tu mungkin tak akan ada idea nak buat PBS. Kerana tanpa cikgu2 ni, kita tak jadi kita yang sekarang (Doctor, ahli politik, jurutera etc). Mungkin akan datang, Kementerian boleh tanya pendapat cikgu2 yang mengajar pasal apa2 perancangan. Sebab yang nak jalankan apa2 plan pun cikgu2 ni juga.

Tu je yang aku nak cakap. Mungkin point aku macam hampeh juga. Kejap2 masuk topic lain. ADHD agaknya aku ni. Just my own way to show how deeply concern I am about this PBS thingy.


Monday, 24 February 2014

Kepoh : Hidden Shits behind "Eh, murahnya yuran Uni ko!"

Member aku selalu terkejut bila aku bagitaw diorang harga yuran Uni aku per semester. Sebab memang murah. €42 = RM190. Sebab tu ramai budak private aka Scholarship Pa&Ma kat Jerman ni. Although nak settle benda lain tu macam leceh, kos hidup kat sini kira murah la. Dalam €500-€600 sebulan. Tapi macam biasa la, bila benda murah ni, banyak la benda2 bullshit yang terpaksa kitorang tahan diri.
Benda paling ketara aku rasa kat sini aku rasa racism kot. Tambah lagi aku pendiam dengan orang yang aku tak kenal sangat, perempuan and pakai tudung. Aku selalu jadi bahan dalam kelas bila ada chance untuk diorang membahan.

Masa sem 1 dulu, ada mamat ni selalu tak kasi ak duduk depan dengan alasan dia dah book tempat untuk geng dia. Aku tak kisah mana pun sebab aku kalau ramai Malaysian kat course aku ni, memang ak copkan tempat. Yang aku bengang, bila aku dah duduk belakang, yang duduk depan tu bukan geng dia tapi random student. Dia plak beralih duduk kat belakang. Lepas tu aku dah paham dah. Aku guna senjata yang hanya Ausländer je ada : Tak faham apa dia cakap. Kalau dia suruh ak kebelakang, aku buat bodoh je atau buat muka tak faham.

Masa sem 2, kalau Lab dengan budak2 Jerman ni, diorang mesti tak bagi banyak tugas kat aku. Aku rasa diorang ni fikur yg aku tak reti buat. Kalau ye aku tak reti pun, bukan itu caranya. Aku nak belajar juga. Alhamdulillah, Lab Assistants sangat baik dan memahami. Dia banyak tolong aku masa lab atau masa nak siapkan Protokolle.

Sem 3 ni aku jadi bahan masa tengah Lab. System nombor Jerman ni memang problem kat aku. Bacaan nombor diorang macam bahasa arab, sebut nombor sa dlu then baru nombor puluh. So masa nak transfer data masuk computer, aku suruh member aku bacakan. Dan bila kitorang start cakap dalam bahasa Melayu mula la aku dengar bisik2 kat belakang. Yang gelak pun ada. Aku buat pekak je walau aku rasa macam nak tumbuk muka diorang satu2. Memang aku down giler masa tu. Nasib baik la dah nak habis waktu lab, so tak ada la seksa sangat.

Dan paling selalu ialah aku dilayan macam batu tepi jalan bila aku nak tanya soalan kat Prof. Aku pernah berdiri depan depan meja Prof selama sejam setengah sebab nak tanya soalan. Dan Prof tu buat ak macam tak wujud, then layan student lain yg datang lambat dari aku. Dan bila sampai turn ak, dia suruh ak datang lain hari.

Ada member (non-muslim) aku sorang ni cakap yang aku patut bagi diorang peluang untuk berkawan. Diorang suruh aku lepak2 dengan diorang. Point tu memang betul. Aku setuju tu. Tapi point tu tak applicable kat aku. Kenapa? Sebab diorang ni kalau melepak after kelas mesti pergi Night Club atau Biergarten. Apa2 event batch mesti kat dua tempat ni. Dan aku nak elak tempat2 camni. Pastu kalau aku cuba nak tanya soalan kat someone dalam kelas ke, mesti ada yang pandang pelik, pastu gelak belakang. Boleh gila tau tak!

Aku tak boleh nak generalize yang orang Jerman adalah racist. Tak! Sebab ada je yang baik. Baik sangat sampai aku rasa bersyukur aku kenal diorang. Tapi tu la lumrah manusia, kita ingt yg tak baik je. Daripada apa yang aku perhatikan, orang Jerman yg baik ni semuanya pernah ada foreign contact : Diorg pernah duduk luar negara atau ada member yg bukan sama kaler kulit dengan diorg. Budak2 macam ni tend to be more open-minded dan lebih memahami. Mungkin sebab diorang pernah rasa apa perasaannya jadi Ausländer kat bumi yang asing. Member yang baik dengan aku adalah sama ada diorang Ausländer juga atau diorang mix Jerman. Tak pernah pure Jerman.

Selain daripada apa yang aku alami ni, Jerman memang tempat yang paling tiptop untuk sambung belajar, lagi2 jurusan kejuruteraan. Tak ada sapa boleh sangkal fakta ni. Mungkin aku sorang je makhluk Allah yang kena macam ni kat sini. Mungkin orang lain happy je huhahuha dengan member Deutscher diorang.

Aku tak tahu la berapa lama lagi aku boleh tahan semua bullshit ni. Setiap kali aku nak give up, aku mesti fikir, "Kalau aku tak mampu nak hadapi semua cabaran ni, Allah takkan campak aku kat tempat ni"

Nad, kau kena kuat! └(-o-)┘


Protokolle = lab report
Biergarten = kedai minum beer berconcept open-air
Ausländer = Foreigner

Sunday, 2 February 2014

Kepoh : Himpunan Cerita Hantu Asrama Malaysia

Siapa yang pernah duduk asrama takkan terlepas daripada cerita hantu kat asrama. Aku rasa cerita hantu kat asrama ada banyak, tapi I can safely say that, ada a few common point even stories kat semua asrama

Kisah Tapak Asal
Cerita macam ni selalunya bermula dengan ayat "Sekolah ni dulu, sebenarnya _____". Pilihan isi tempat kosong termasuklah hospital, tanah kubur, rumah terbiar, atau tapak pertempuran askar melayu dan jepun dll. Cerita pasal tapak asal ni selalunya mempengaruhi hampir kesemua cerita hantu yang berlegar kat asrama. Kalau hospital akan ada cerita mayat atau hantu budak kecil. Kalau tapak perang akan ada askar berarak malam2.

The Counting Ghost
"Satu dah tidur, dua dah tidur, tiga belum tidur, empat dah tidur, lima dah tidur"
"Satu dah tidur, dua dah tidur, tiga pura2 tidur, empat dah tidur, lima dah tidur"

Kesian orang ketiga tu.

Hantu Gosok Gigi
Kebanyakan versi yang aku dengar adalah apabila seseorang menggosok gigi ditengah malam, dia akan secara tiba2 ditemani oleh seseorang yang juga menggosok gigi. Menggunakan pisau.

Kalau Jamie Oliver, aku mungkin minta autograf dia. 
Tak Solat Jumaat
Cerita ni selalunya berlaku kat asrama lelaki. Yela, perempuan mana ada solat jumaat. Kalau ada versi perempuan mungkin akibat nak elak usrah waktu budak lelaki solat jumaat. Cerita ni akan start dengan seorang kawan akan memilih kawan yang pelupa untuk kunci dia dalam loker sebab tak nak pergi solat jumaat sebelum cuti panjang bermula. Dia dibiarkan mereput dalam loker sepanjang cuti dengan saki baki tenaga mencakar dinding untuk lepaskan diri. Dan bila masa kawan dia teringat adalah bila cuti dah pun tamat. Bermula la cerita bunyi orang mencakar dinding loker waktu malam.

Spirit Coin
Aku tak pernah buat benda ni. Aku agak amazed bila mak aku kata dia pernah buat time dia sekolah dulu. Common rule : siapa yang berhenti tengah2 jalan boleh mati


Barang2 keras
Malangnya berlian tak termasuk dalam list ni. Usually haunted objects ni massive. Contoh macam ada pokok belakang sekolah yang tak boleh nak ditebang. Macam2 cerita ada. Bila nak tebang ada ribut la, bunyi guruh la, gergaji/kapak patah la dan tak kurang juga Buldozer tak boleh nak start.




p/s : Aku kat Germany. Berani sikit nak taip. keh3.

Kepoh : Oh,Internet!

Macam mana kita tertipu dengan mainan internet. kahkahkah!!!


anak bongsu

Mungkin esok akan ada yang akan post benda yang sama dengan caption:
 "Fakta anak ke-3. Hanya Alang sahaja boleh copy!"

Update on 10.Feb.2014

Wujud dah yang untuk anak no 3 pulak.. Jumpa kat FB member. Internet makin lama, makin mengarut



Thursday, 30 January 2014

Lasagna

Siapa kata masak Lasagna susah, angkat tangan!
Tak susah tapi leceh. So yang ni plak resepi Lasagna yang aku dapat dari Iqa. Dari mana dia dapat aku tak tahu. ahahahahaha

Mari memasak.

Bahan2 
Kepingan Lasagna (Ikut suka nak pre-soaked atau tak. aku guna kering2 je)



Inti Daging
Tomato puree 1 tin
Cendawan butang (optional)
400 gram Daging cincang .
1 biji Bawang besar dan bawang putih 3 ulas (dicincang halus)
2 Paket Keju Mozzarella (shredded)
Garam & serbuk black pepper secukup rasa


Masukkan 4 sudu besar minyak masak..
Tumis bawang2 yg di cincang tadi sampai naik bau.
Masukkan pula daging cincang diikuti dengan Tomato puree (semua sekali)
Bila daging dah hampir masak masukkan pula cendawan butang.
Masukkan garam dan serbuk black pepper secukup rasa.


Kuah Bechemel (Sos Putih)
4 sudu besar butter
4 keping keju Cheddar
500 ml susu full krim/ fresh milk
4 sudu besar tepung gandum



(Guna api kecil)
Cairkan butter.
Masukkan tepung gandum dan gaul sebati.
Masukkan susu kemudian masukkan keju Cheddar.
Kacau sampai semua bahan tu sebati.
Masukkan garam secukup rasa.
Kacau sampai pekat sikit


Cara melapis Lasagna (3 Layer)
(Aku syorkan guna bekas kaca segi empat dan bekas yang area tak besar sangat.)
Susun kepingan lasagna sampai menutup semua bahagian loyang.
Taburkan dgn inti daging.
Tuangkan sos putih sampai menutupi inti daging tu.
Taburkan cheese mozzarella
Ulang balik cara yg sama.
Layer last sekali mesti sos putih dan cheese yg di tabur.
Masukkan dlm oven dgn suhu 180 celsius, 30-40 minit, guna api atas bwh.
Bakar sampai keju tu agak2 perang atau masak semuanya.

If tak sure lagi macam mana nak layer Lasagna, boleh la tengok kat sini.


Aku tak ambil gambar pun. sebab lasagna aku tak lawa. Aku terbubuh banyak sangat kuah putih kat layer atas sekali. Hasilnya bila potong lasagna tu, kuah putih tu jatuh melimpah-ruah. Kira lasagna aku buat tak solid sangat la. Yang kelakarnya, sebab aku biar lasagna tu semalaman atas counter top dapur, lasagna tu jadi keras. Sebab winter kot. Bila aku buat lasagna lawa sikit, nanti aku upload gambar kat sini.

Thanks Iqa for the Recipe!



Web Analytics