Aku baru perasan. Dalam banyak2 resepi aku tulis kat blog ni, resepi lauk kegemaran aku tak ada! Macam mana la boleh lupa lauk penting macam tu. Jadi, seperti yang tajuk kat atas ni dah maklumkan, hari ni aku akan kongsi resepi ayam masak lemak cili padi or bahasa mudah yang aku selalu pakai masa kecil ayam masak kuning daripada mak aku. Aku ingat lagi masa aku mula2 minta resepi ni daripada mama, mama pelik kenapa aku tak google je. Obvious answer will be : Aku nak masak sebijik macam mama masak.
Ayam Masak Lemak Cili Padi
gambar dari kamera tablet, so tak lawa sangat. |
Serbuk kunyit / kunyit hidup
Cili padi
Bawang besar (optional)
Air
Serai
Ayam/Daging
Kentang (optional) - Dipotong bite size
Santan
Cara2
1. Blend air, serbuk kunyit dan cili padi. Bilangan cili padi adalah mengikut tahap kepedasan yang dikehendaki. Serbuk kunyit agak2 tapi tak perlu banyak sangat sebab untuk warna kuning semata-mata. Optional : boleh blend bawang besar sekali.
2. Panaskan sesudu makan minyak panas. Kemudian masukkan bahan blend tadi beserta serai.
3. Bila kuah mula nak mendidih, masukkan ayam dan kentang. Tutup periuk
4. Bila ayam dah masak dan kentang dah lembut, perlahankan api.
5. Kemudian tambah santan sedikit demi sedikit sambil merasa.
6. Perasakan dengan garam dan biarkan selama 3 minit.
7. Hidangkan.

Aku rasa lauk resepi daripada mama ni versi Negeri Sembilan sebab tiada sebarang aktiviti menumis diperlukan. Ayam masak lemak cili padi ni sangat la mudah dan senang lebih2 lagi bila kita prepare awal2. Contoh macam aku buat, malam sebelum aku masak aku akan prepare 4 benda : bahan blend, ayam dah siap dibersihkan dan defrost, kentang dah siap kupas dan santan. So bila aku balik dari kelas dalam keadaan lapar, aku hanya perlu tanak nasi kemudian masak lauk ni. Paling cepat aku pernah buat 20 minit. Kira lauk ni lauk malas aku la...
Diharap resepi ni bermanfaat untuk sesiapa yang mencari.
Gambar yang lebih baik akan menyusul nanti. Heheheh.
Gambar yang lebih baik akan menyusul nanti. Heheheh.
simple gak resepi ni sebab tak payah tumis.hrm..might give it a try
ReplyDeleteUsually yg kne tumis ni versi johor :)
Deletecer upload gmbr.boleh cuba ni sbb cepat.
ReplyDeletedah upload. tapi tak lawa sangat gambar sebab amik guna kamera tablet je.
Delete