Kisah Tapak Asal
Cerita macam ni selalunya bermula dengan ayat "Sekolah ni dulu, sebenarnya _____". Pilihan isi tempat kosong termasuklah hospital, tanah kubur, rumah terbiar, atau tapak pertempuran askar melayu dan jepun dll. Cerita pasal tapak asal ni selalunya mempengaruhi hampir kesemua cerita hantu yang berlegar kat asrama. Kalau hospital akan ada cerita mayat atau hantu budak kecil. Kalau tapak perang akan ada askar berarak malam2.
The Counting Ghost
"Satu dah tidur, dua dah tidur, tiga belum tidur, empat dah tidur, lima dah tidur"
"Satu dah tidur, dua dah tidur, tiga pura2 tidur, empat dah tidur, lima dah tidur"
Kesian orang ketiga tu.
Hantu Gosok Gigi
Kebanyakan versi yang aku dengar adalah apabila seseorang menggosok gigi ditengah malam, dia akan secara tiba2 ditemani oleh seseorang yang juga menggosok gigi. Menggunakan pisau.
Kalau Jamie Oliver, aku mungkin minta autograf dia. |
Cerita ni selalunya berlaku kat asrama lelaki. Yela, perempuan mana ada solat jumaat. Kalau ada versi perempuan mungkin akibat nak elak usrah waktu budak lelaki solat jumaat. Cerita ni akan start dengan seorang kawan akan memilih kawan yang pelupa untuk kunci dia dalam loker sebab tak nak pergi solat jumaat sebelum cuti panjang bermula. Dia dibiarkan mereput dalam loker sepanjang cuti dengan saki baki tenaga mencakar dinding untuk lepaskan diri. Dan bila masa kawan dia teringat adalah bila cuti dah pun tamat. Bermula la cerita bunyi orang mencakar dinding loker waktu malam.
Spirit Coin
Aku tak pernah buat benda ni. Aku agak amazed bila mak aku kata dia pernah buat time dia sekolah dulu. Common rule : siapa yang berhenti tengah2 jalan boleh mati
Barang2 keras
Malangnya berlian tak termasuk dalam list ni. Usually haunted objects ni massive. Contoh macam ada pokok belakang sekolah yang tak boleh nak ditebang. Macam2 cerita ada. Bila nak tebang ada ribut la, bunyi guruh la, gergaji/kapak patah la dan tak kurang juga Buldozer tak boleh nak start.
p/s : Aku kat Germany. Berani sikit nak taip. keh3.
yang tak boleh lupa kes time kat aspuri dulu!
ReplyDeleteyang mana? pukau the whole aspuri tu ke?
Deleteyg tu la kot. mcm2 cerita ak dengar. sahih ke tak aku pun tak taw.
Delete