The team is back!
Aku selalu kempunan nak join aktiviti maktab, jadi bila ada peluang untuk aku spend quality time dengan ahli2 #GengEpic, memang kitorang akan jadikan se-epic mungkin. Kitorang ni kekurangan seorang ahli regular aka my BFF Iqa. Namun begitu, plan tetap berjalan.
Asalnya aku just nak ajak keluar hujung minggu aje - makan2, tengok wayang, karaoke, the usual stuffs. Namun Che Mat cadangkan kitorang pergi bercuti. Lepas kumpulkan ahli2 asal, pun recruit ahli2 tambahan. Kali ni, Ikram dan Izyan. Hasil perbincangan berjaya membawa kitorang bermalam selama 2 hari 1 malam di Sanctuari Ikan Kelah Sungai Chiling. Ni aktiviti camping kedua kitorang selepas Janda Baik
|
Throwback |
Disebabkan hal-hal yang tak dapat dielak, Che mat tak dapat bertolak bersama kitorang pada pagi 5 September 2015 tu. Kitorang bertolak dari rumah Yaya dalam pkl 10.15 am dan tiba di Sanctuari Ikan Kelah Sungai Chiling pada jam 12.00 pm. Selepas berjalan selama 10 minit, kitorang sampai ke pondok pendaftaran. Untuk bermalam di tapak perkhemahan, deposit RM150 beserta yuran masuk RM2/sorang diperlukan. Kalau tak bermalam, setiap benda yang berpotensi menjadi sampah-sarap dikenakan deposit RM3/barang. Memandangkan kitorang dah bayar RM150, jadi tak ada lagi deposit RM3 tu. Kira collective payment la.
Kitorang sewa khemah dari Hakim punya persatuan. 2 khemah total RM20. Gila besar khemah tu, boleh muat 15 orang untuk satu khemah. setiap kali orang lalu, mesti diorang ingat family yang berkhemah kat dalam tu, padahal yang ada sekhemah 4 orang aje. Tapak khemah kitorang terletak betul2 belakang surau dan Tandas
|
pasang khemah dulu sebelum terjun sungai |
|
aku tolong gak, sambil makan roti |
|
ni la tapak kitorang bermalam |
Plan asalnya nak ke Air terjun tengah hari tu, memandangkan cuaca pun mendung dan pihak pengurusan hanya benarkan trekking terakhir ke air terjun pada pukul 3.00 pm, jadi kitorang postpone plan ke sana pada ahad pagi. lepas setel 1 khemah, kitorang pun terjun dalam sungai. air dia memang sejuk tambah pula banyak gila anak ikan dalam sungai tu. Ada satu spot yang dalam kat sungai tu, so budak2 laki pakat2 loncat dan terjun. kitorang yang perempuan ni dok main simbah2 air aje. walau tak buat apa2 sangat, kaki masing2 pakat cramp. Tengah2 mandi tu, hujan turun rintik-rintik. Disebabkan dilarang mandi ketika hujan, kitorang naik ke atas dan sambung pasang lagi satu khemah. Mula2 kitorang ke kereta angkut semua barang2 dari kereta ke tapak khemah. bila dah selesai, kitorang pun jamah makanan2 yang dah dibawa.
|
mambang sungai? |
|
sungai berhadapan tapak khemah kitorang |
malam tu, aku pening kepala teruk. Kena hujan + makan lambat + mabuk kenderaan. Aku tidur sebentar petang tu. Kemudian kitorang siap2kan tempat untuk masak nasi goreng dan bakar ayam dan ikan. Siap separuh jalan, tiba2 je hujan turun. Aku teruskan bakar ikan dalam keadaan baju tidur basah kuyup kena hujan. Untung kau ikan, duduk bawah payung. Nak BBQ tak payah. sebab ada banyak batu yang sedia tersusun macam unggun api tambahan pula jaring2 besi tu banyak terbiar kat tapak2 khemah. Silap kitorang adalah tak bawa lampu sebab tempat tu serius gelap gelita. memang tanda sebarang sentral lighting yang boleh guide ke mana-mana. even lampu toilet pun liplap2 aje.
|
yang lelaki bakar ayam, yang perempuan goreng nasi |
|
ayam yum yum! |
Che Mat sampai betul2 selepas semua makanan siap dimasak. Nasib baik khemah besar, jadi boleh la kitorang makan malam dalam khemah sambil borak2 mengenang memori lama, mengorek rahsia, bakar2 marshmallow, minum vico. Penat gelak aje malam tu.
|
makan malam berlampukan flashlight smartphone |
|
soalan2 mengorek kisah2 cinta. keh3 |
Esok pagi, kitorang breakfast dengan makanan lebihan semalam. Pagi tu nyaman habis la. Nasib baik ada dapur gas portable yang atikah bawa, jadi boleh la kitorang panaskan makanan2 leftover semalam.
|
sarapan pagi |
|
sarapan pagi |
setelah berubah-ubah plan, akhirnya kitorang tak pergi langsung ke air terjun. Plan berubah ke melawat Bukit Fraser. Ada la pula yang kata dari situ ke Fraser Hill cuma 17 minit drive. Tipu tu. lepas sejam pun tak sampai lagi. Aku siap muntah2 loya lagi. Tak dapat air terjun Sungai Chiling, kitorang alas perut dekat air terjun Jeriau Bukit Fraser. Dapat la rendam2 kaki kat air terjun dia.
|
angkat barang nak kasi adil |
|
wefie acah2 gelak |
|
proper wefie |
|
We were here! |
Isnin tu semua mengadu sakit badan. Apapun, memang best. Quality time to the fullest! InsyaAllah kitorang serius nak repeat lagi aktiviti macam ni. Dah keluar macam2 plan nak beli khemah sendiri siap. Overall memang puas. seronok + murah. untuk perbelanjaan barang camping aje, kitorang hanya bayar RM 14/seorang.
Sediki sebanyak mengenai perkhemahan di Sungai Chiling :
- Tapak Khemah kena book dengan Encik Yusri - 013 308 9463
- Pihak Sungai Chiling ada buat sewa khemah (4pax tent) RM 40/sehari.
- Bayaran masuk RM 1 sehari, Kalau berkhemah 3 Hari maknanya RM 3.
- Deposit sampah dan tapak khemah RM 150 (ada Resit). kalau tapak khemah korang bersih, boleh dapat balik.
- kalau tak bermalam, deposit sampah RM 3/barang. kena declare kat pondok pendaftaran
- Trek ke air terjun hanya dibuka pada 8.00 am - 6.00 pm dengan Hiking terakhir pada jam 3.00 pm
- Tak dibenarkan mandi ketika hujan
- Tak dibenarkan tangkap ikan
- Bawa lampu sebab kawasan kem memang gelap gelita sepanjang malam.
No comments:
Post a Comment