Aku namakan resepi ni Ayam Kukus Malas sebab setiap kali malas nak masak, aku mesti makan Ayam Kukus ni. Resepi ni tak ada sukatan dan hanya menggunakan bahan2 masak asas je. Resepi ni sihat sebab tak guna minyak.
Bahan2
Ayam (ni wajib. kalau tak ada, nama resepi ni Kukus Malas)
Bawang besar (bubuh la banyak mana nak bubuh)
Bawang putih (kurang sikit dari bawang besar)
Cili padi (ikut tahap kepedasan yang kotang suka)
Halia (optional. setakat nak bagi ayam beraroma je.)
Perasa (Sos tiram, kicap, garam etc)

Cara2 Memasak
Rendamkan ayam dalam air panas. Basuh dulu ye ayam tu. Sementara tu, potong bahan2 lain dan teraburkan atas bekas yang korang nak kukus ayam tadi tu. Halia dan bawang putih ditumbuk. Ambil ayam dan air rendaman ayam tu dan tuang dalam bekas kukus tu. If korang tak suka kukus berkuah, skip step rendaman tadi tu. Akhir sekali kukus sampai masak.

Resepi ni aku suka buat sebab senang dan cepat. Cepat pada aku adalah 6-8 minit je dah siap. 6-8 minit kukus ayam? Hehe, terima kasih kepada kawan baikku Iqa di Jepun, dia belikan aku Silicon Microwave Steamer jenama Fleur. Jadi boleh la aku kukus makanan dalam microwave guna bekas ni. Untuk resepi ni aku kukus selama 8 minit at 700W kat dalam microwave.
sebijik macam aku punya! |