Tuesday, 22 December 2015
Thursday, 1 October 2015
Siem Reap, Kemboja
Posted by
nadtravellerina
Kemboja or Cambodia.
Negara pertama dalam negara2 Asia Tenggara yang aku lawat. Singapura yang dekat lagi tu pun aku tak pergi lagi.
Plan nak ke Kemboja seterusnya Vietnam ni datang daripada Iqa. Aku ni sekadar mengikut sahaja sebab Iqa plan ni bersama adik dan ibunya. Total bajet kitorang RM 1300. Pergi ni timing tak cun mana sebab duit Ringgit tengah jatuh jika dibandingkan dengan USD. Kemboja pula pakai matawang USD berbanding Riel diorang.
Nilai Riel sangat la rendah. Matawang ni tak wujud selain di Kemboja. Kira kalau nak guna duit Riel, kena tukar dekat Kemboja je. Mungkin sebab tu mereka menggunakan matawang USD. Di Kemboja, kami ke Siem Riep dan kemudiannya menaiki bus ke Phnom Penh.
Flight ke Siem Reap kami di KLIA2 adalah pada awal pagi dan kami tiba di Siem Reap lebih kurang jam 8.00 pagi. Waktu di Kemboja dan Vietnam lewat sejam dari waktu Malaysia. Iqa dah pun menempah Pakej Muslim dari Safy Angkor Wat. Jadi setibanya dia Lapangan terbang, Safy datang menjemput kami menaiki Tuktuk.
Lapangan Terbang Siem Reap tak besar. Aku rasa macam berjalan dalam Resort Hotel pun ada. selepas mendarat tu, akan ada pegawai yang suruh kami isi borang Health Declaration. Kitorang tak isi pun dah Alhamdulillah lepas melalui pegawai kastam dengan mudah.
Perjalan dari Lapangan terbang Siem Reap ke bandarnya agak lama. Ada la dalam setengah jam. Tapi kitorang tak terasa sangat sebab excited pertama kali menaiki Tuktuk. Tour Guide kitorang sangat la baik, dia ikut aje perangai pelancong pemalas macam kitorang ni. Bayangkan la, pergi satu tempat, bayar ambil dua tiga gambar, pastu nak gerak ke tempat lain pula. Dia siap pelik dan tanya kitorang sama ada kitorang tak nak explore ke tempat2 tu. Malah dia siap book-kan satu bilik hotel untuk kitorang rehat memandangkan kitorang di Siem Reap hanya sehari tanpa bermalam.
Pakej Kemboja kami dengan Safy adalah termasuk tempat penginapan dan makan malam. Dengan menaiki Tuktuk, katakan sahaja kemana kitorang nak pergi, Safy akan bawa. Di Siem Reap, Safy bawa kami makan tengah hari dan makan malam di Muslim Family Kitchen. Memang ramai la pelancong Malaysia datang makan kat sini. Lagi satu, menu famous diorang, Beef Climbing Mountain atau nama melayunya Lembu Panjat Gunung sangat la overrated. Aku baca review semua pakat kata sedap. Bila kitorang rasa sendiri, rasanya biasa2 aje. Rasa daging goreng dengan sayur.
Sediakan duit USD banyak2 sebab kos jalan2 di Siem Reap lagi mahal dari kos di Phnom Penh. Aku pun tak tahu la kenapa. Kitorang dah bajet seharian belanja USD 20/seorang, tengok2 tiket nak masuk je dah mahal. Maaf aku tak tahu pula berapa sewa Tuktuk sehari. Tapi di lapangan terbang, kitorang ada ditawarkan USD 15 untuk Tuktuk seharian.
![]() |
| Angkor Wat |
![]() |
| Tinggalan sejarah lain di sekitar Angkor Wat |
- Explore Angkor Wat dan kawasan Wat sekitarnya - USD 20 (bagi aku tak berbaloi untuk bayar USD 20 untuk pelancong pemalas macam aku ni tapi dah sampai, takkan tak nak tengok.)
- Masuk ke Cambodia Cultural Village - USD 17
- Tonle Sap lake tour - USD 25.
Selepas seharian berjalan, kitorang bertolak ke Phnom Penh pada 10 malam yang sama menaiki Sleeping Bus. Nanti aku cerita pasal Sleeping Bus/coach ni.
Secara ringkasnya, ni tips2 melancong ke Siem Reap dari aku untuk bakal2 pelancong:
- Sediakan duit USD yang banyak jika korang betul2 nak melawat kesemua tempat.
- Pakai kasut yang sesuai untuk berjalan serta meredah hujan
- Kalau datang masa musim hujan, bawa Ponco. Lebih senang dari payung.
Nak tgok video Angkor Wat, ada dekat sini.
Lepas Siem Reap, kitorang ke Phnom Penh pula.
Thursday, 24 September 2015
Rant : Brave Heart
Posted by
nadtravellerina
Early Autumn...
After 2 years of postponing, I intended to tell the truth about my feeling.
No more running away.
This time I'll do it properly, with a proper intention.
Wish me luck! :-)
After 2 years of postponing, I intended to tell the truth about my feeling.
No more running away.
This time I'll do it properly, with a proper intention.
Wish me luck! :-)
Wednesday, 23 September 2015
#travel with @nadtravellerina
Posted by
nadtravellerina
I'm not a fan of spamming my follower on Instagram with one photo per day. My current frequency is one photo per week. Because of my own policy, I'm unable to share all my travel's photos. So I made a new Instagram account as a dump site of my photos.
I can't promise a lot since I'm quite new with this photography thingy.
If you want, follow me on Instagram at @nadtravellerina
I can't promise a lot since I'm quite new with this photography thingy.
If you want, follow me on Instagram at @nadtravellerina
Saturday, 19 September 2015
Renew Passport
Posted by
nadtravellerina
Selasa lepas aku pergi renew passport dekat Jalan Duta. Tak ingat aku apa nama bangunan tu, yang pasti bawah Kementerian Dalam Negeri. Tempat tu All-in-one sungguh. Tingkat bawah penuh dengan kaunter2 milik Jabatan Pendaftaran Negara, daripada untuk Kelahiran, Perkahwinan hingga Kematian. Untuk Passport, kena naik ke aras 1. Di pejabat JPN Jalan Duta ni, kalau renew Mykad kena tunggu 3 jam.
Overall memang cepat. Aku sampai situ dalam pukul 9.50 am tapi nak cari parking teramat la payah. Diingatkan yang double park tu, tolong la tinggal nombor telefon dekat cermin kereta. Walau sampai nak dekat pukul 10 am, proses pembaharuan passport memang cepat. Dalam 3 minit lepas ambil nombor giliran, aku dipanggil. Kali ni tak perlu bawa gambar sebab dekat setiap kaunter ada Kamera dan flash masing2 dan akan ambil gambar on-the-spot. Borang pun tak payah isi sebab semua dibuat dalam komputer. Lepas 5 minit, dah pun siap proses renew, tinggal nak tunggu untuk bayar je. Passport untuk dewasa RM200 untuk tempoh 5 Tahun. Lepas siap pembayaran, aku diberi resit dan diminta tunggu sejam sebelum ambil Passport baru.
Nak tunggu sejam pun tak bosan. Dekat dalam bangunan yang sama aras ground floor ada kedai serbaneka, Gloria Jeans Coffee dan Nasi Kandar di food court. Vending Machine yang jual air tin berharga RM1 pun ada kat merata2 tempat. Kira pergi masa lapar memang cun la sebab boleh makan sepanjang tempoh menunggu tu.
Tunggu giliran nak ambil passport ni tricky sikit. Walau ada nombor giliran, pegawai tu tak panggil nombor tu. Sebaliknya dia panggil nama. Jadinya dinasihatkan tunggu dan duduk depan kaunter penyerahan. Nama aku dipanggil selepas 45 minit menunggu. Lepas serahkan resit & IC dan sahkan yang segala maklumat dalam passport baru tu betul, aku dapat passport baru. Nombor passport untuk renew tak sama dengan nombor passport lama. Jadi buat sesiapa yang ada visa dalam passport lama tu, pegawai tu akan gunting dekat bahagian barcode passport lama dan serah balik kepada kita.
Dari pengalaman aku, ni antara tips2 yang aku boleh share untuk renew passport di Jalan Duta.
Tahukah anda bahawa Malaysia merupakan negara pertama yang menggunakan Biometric Passport.

- Sediakan Mykad dan Passport lama semasa nak ambil nombor giliran tu.
- Pastikan Mykad anda adalah yang terbaru i.e Mykad umur 18 atau 25. kalau umur dah 20an, tapi Mykad masih muka darjah 6, anda akan diminta untuk buat Mykad baru dahulu.
- Ukur tinggi siap2 buat yang masih membesar. Ada skala ketinggian tertampal kat dinding kawasan kaunter passport, pandai2 la cari
- Pakai pakaian yang sesuai dengan etika pemakaian pejabat kerajaan. Kalau yang tak bertudung better pakai baju berlengan panjang. Kalau tak, korang kena la pakai jacket yang dah tersedia kat setiap kaunter tu.
- Pakai pakaian gelap.
- Datang dengan muka bersih suci dari segala benda2 fake seperti colour contact lens, bulu mata palsu etc. Kalau tak, korang akan diminta untuk buka semua ni on-the-spot dekat kaunter tu juga. Tak payah make-up beria sebab dalam passport tu, muka nampak kelabu juga.
- Tunggu depan kaunter penyerahan passport 15 minit awal sebab dia takkan panggil nombor giliran, tapi dia akan panggil nama.
Tuesday, 15 September 2015
Kepoh : Online Shopping
Posted by
nadtravellerina
Aku belajar online shopping dekat Jerman. Disitu aku mula mengenal Ebay dan Paypal. Aku terus jatuh cinta. Ok over.
pada aku online shopping yang ideal adalah shopping yang dilakukan 100% dalam keselesaan rumah sendiri tanpa sebarang contact antara pembeli dan penjual melainkan jika ada timbul masalah.
Online Shopping kat jerman memang bahaya pada poket aku. Mula2 sekadar window shopping sahaja di Ebay, tanpa kita sedar, kita click Buy Now, bayar dan beberapa hari kemudian barang tersebut sampai melalu Pos ke rumah. Walau bagaimanapun aku tetap suka cara ni sebab aku ni sumpah malas nak bercakap dengan orang yang aku tak kenal. Keselesaan ni juga penyebab aku tak suka online shopping di Malaysia.
Banyak sahaja barang2 yang aku berniat nak beli bila tengok website2 pakaian ni. Lagi2 Lakayena milik Maria Elena tu, baju lawa2. Baju dan barang2 kat Insta-Shop pun banyak yang menarik. Disebabkan aku benci sangat nak PM tanya harga, PM bagi bukti bayaran dekat Whatsapp, aku tak pernah beli dah lepas cuba pertama kali dulu. Sekali tu je, tak ada dah aku beli kali kedua.
Malaysia memang ada Ebay tapi jujur cakap Ebay Malaysia lame. barang tak banyak. tak boleh nak buat apa sangat la sebab mudah.com.my dah terpahat di hati rakyat Malaysia. Dan balik Malaysia kali ni, ku temui Lazada. Tahniah aku nak ucap kat Lazada sebab wujudkan pembayaran melalui Paypal. Kira lepas ni memang kalau aku nak online shopping kat Malaysia, aku cari kat Lazada aje.
Aku dah pun buat pembelian pertama aku di Lazada. Silky smooth aje. Sedar2 2 hari lepas tu barang sampai. Selalu balik Malaysia ni aku cari Tshirt Muslimah sebab kat Jerman confirm2 tak jumpa. Alhamdulillah barang yang aku beli semuanya OK. Lagi satu bestnya Lazada ni sebab banyak Sale. kalau tangan aku gatal, memang dah click Check Out dah. Tapi nafsu membeli masih boleh dibendung, barang2 yang tertambat di hati aku masukkan sahaja dekat Wishlist.
kalau tanya aku online shopping Malaysia mana yang aku selalu membeli-belah, memang jawapan pantas kilat aku adalah Lazada

Subscribe to:
Posts (Atom)