Tuesday, 21 January 2014

Rant : Habit Exchange

Aku tak rasa aku dah duduk kat Jerman ni cukup lama untuk terikut habit diorg. Tapi aku dah duduk kat Jerman cukup lama kalau dikira bila aku nak balik Malaysia. Banyak benda yang aku buat kat sini dah jadi satu perangai yang aku bawak balik Malaysia. Alhamdulillah, buat masa ni semua yang aku terikut adalah perkara2 baik.

Shopping Bag


Kat Jerman ni plastic bag dekat pasaraya 100% kena beli sendiri. Maknanya kalau aku tak bawa shopping bag sendiri setiap kali aku ke pasaraya, aku boleh habis €0.30 untuk plastic bag semata2. Pembaziran sangat tu. So kebanyakan orang kat sini akan bawa shopping bag sendiri, sama ada guna balik plastic bag sebelum ni, bawa yang jenis trolley/bakul atau bawa beg kain. Hakikat yang kitorang kena beli kat beg plastik kat sini bukan la menunjukkan yang diorang ni mata duitan tapi betapa diorang nak elak penggunaan beg plastik yang kebanyakan orang tak kisah pun nak recycle ke tak. Dan masa aku balik Malaysia hari tu, beg kain yang macam kawan aku jual kat Awxum Project ni sentiasa ada dalam handbag aku. Setiap kali aku beli barang aku akan tolak beg plastik dari pasaraya tu.

Sapa-Menyapa
Budaya sapa-menyapa sepatutnya jadi nadi dalam masyarakat Malaysia. Kat sini semua jenis kedai dan perkhidmatan akan mulakan ucapan "Hallo/Gruß Gott" dengan setiap pelanggan. Dan diorang akhiri perkhidmatan/kerja diorang dengan "Tschuss.Schönen Tag noch". Yup, aku buat pulak benda ni setiap kali aku bayar barang kat kaunter Giant. Pelik je akak cashier tu tengok aku. Dah terbiasa kot. Sayangnya instead of bagi salam, aku cakap "Hello" dan "Bye"

Menguruskan Masa
Disebabkan aku dah terbiasa on-time untuk semua benda kat Jerman ni, aku dah tak tak boleh nak tolak ansur dengan orang yang lambat. Sejak duduk sini aku appreciate masa sangat2.  Alhamdulillah Komuter KTM dah punctual sikit berbanding dulu. Kat sini semuanya berlaku pada waktu yang tepat. Kalau train tu gerak 6.18 pm, waktu tu juga la dia gerak. Kadar kelambatan untuk daily basis hanyalah dalam 1-3 minit. Pernah kawan aku si A marah aku sebab aku marah kawan aku si B sebab lambat. Ayat "Ko dah telan masa aku" serius buat dia melenting. Si B kantoi baru bangun tidur bila aku call tanya dia dah sampai mana. Kalau aku free tak buat apa2 sepanjang hari aku tak kisah sangat. Tapi sebab tu aku ada appointment dengan Maybank petang tu, aku tak boleh nak lambat2. Pengajaran untuk aku juga tu : Jangan marah orang untuk benda yang dia tak biasa buat.

Passive lepas pukul 8 Malam/Hari Ahad
Kedai kat sini kecuali Restaurant dan dekat Hauptbahnhof tutup sepenuhnya selepas pukul 8 malam dan hari Ahad. Dead. Memang tak ada apa yang boleh buat kalau beras ko habis hari ahad. So, balik Malaysia hari tu aku memang tak keluar sangat lepas pukul 8 malam atau hari ahad. Pernah sekali mak aku suruh beli barang dekat pasaraya di jalan besar. Masa tu pukul 8.30 malam, aku dan adik aku tengah tunggu LINE Offline kat NTV7. Aku dengan tenangnya tanya mak aku "Kedai buka lagi ke malam2 ni ma?". Jawapan mak aku pun win "Sini bukan Jerman kedai nak tutup awal"Kalau orang ajak keluar hari ahad pun aku macam tak ada mood sangat. Dah terbiasa.

Ada banyak lagi sebenarnya tapi tak larat aku nak tulis. Lagi2 tengah minggu exam ni, aku ber-blogging hanya bila waktu aku rehat study. Aku nak suggest korang baca apa yang terkandung dalam link kat bawah. Enjoy!

Futher Reading: Seminggu di Jerman





Glossari
Hallo = Hello
Gruß Gott = Selamat Sejahtera
Tschuss = Bye
Schönen Tag noch = Have a nice day
Hauptbahnhof = Stesen Keretapi Utama (macam KL Sentral)

No comments:

Post a Comment

Web Analytics