Dah kenyang isi perut untuk makan tengahari di Restoren The Gulai, kitorang ke Phnom Penh's Royal Palace. bayaran masuk tempat ni paling mahal antara yang kitorang pergi di Phnom Penh iaitu USD 6.25. Kitorang antara pelancong pertama selepas rehat tengahari istana ni. Dapat la aku ambil gambar tanpa ada banyak pelancong. Tapi sayang masa kitorang melawat istana ni, ada banyak tempat yang tak dibenarkan masuk. Ada juga di sesetengah bangunan yang tak berapa terjaga dan tak diurus dengan baik. Bak kata Iqa "Nampak sangat rajanya takde kuasa"
Dekat Phnom Penh ni la kulit aku kena sunburn yang teruk. Penat2 aku putihkan muka setahun duduk Jerman, sehari di Phnom Penh terus gelap terbakar muka. Aku tak ready pun krim sunblock sebab aku ingatkan kulit asian aku ni boleh tahan la panas Phnom Penh sebab Malaysia pun panas juga. Sungguh aku silap. I've never been so wrong. So nasihat aku pakai topi, topeng mulut dan sapu krim sunblock.
Dekat Phnom Penh ni, kitorang tak melawat Wat Phnom sebab dah puas tengok Angkor Wat. Hahaha. Kitorang balik semula ke hotel untuk rehat lepas berjalan2 dalam Royal Palace ni. Petang tu, dalam hujan lebat dengan berTuktuk, kitorang ke Central Market dan makan malam sekali lagi di The Gulai. Selepas makan malam, kitorang suruh driver Tuktuk kitorang bawa kitorang jalan2 tanpa arah tuju untuk melihat suasana malam di Phnom Penh.
Dan keesokan harinya, kitorang bergerak ke Ho Chin Minh dengan menaiki bas.
Tips!
- Pakai krim sunblock dan topi untuk lindungi muka korang dari terkena sunburn.
- Asap kenderaan dan habuk2 jalan sangat banyak, pakai topeng muka jika ada.
- Royal Palace - USD 6.25
- Sebelum melawat Royal Palace, pastikan masa melawat korang tak bertembung dengan waktu rehat tengah hari diorang.
- Minum air banyak2!